Saturday, May 16, 2009

Profesion perguruan setanding peranan ulama

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

PROFESION perguruan adalah tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi yang membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama. Tanpa menafikan peranan pendidik dalam disiplin ilmu lain, bidang perguruan seharusnya terus dipandang tinggi masyarakat.

Sesungguhnya guru memainkan peranan besar mencorakkan pemikiran, budaya dan peradaban generasi akan datang. Jika guru diperlekeh oleh masyarakat, mana mungkin peranan mereka dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

Islam sebagai agama yang mementingkan ilmu pengetahuan memandang tinggi martabat seorang pendidik. Rasulullah SAW sendiri sudah membuktikan pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam.


Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda sendiri berperanan mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi yang diterimanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang mengutuskan daripada kalangan orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam keadaan sesat yang nyata.” (Surah al-Jumu’ah, ayat 2)

Selain itu, Baginda SAW juga mengambil inisiatif dengan menghantar Mus’ab ibn ‘Umair ke bumi Yathrib (Madinah) dengan tujuan mengajar al-Quran dan ilmu asas berkaitan Islam kepada masyarakat Arab yang baru memeluk Islam pada ketika itu.

Inilah antara peranan penting pendidik dalam usaha menyebarluaskan dakwah Islamiah dengan cara lebih berkesan. Secara tidak langsung, sebenarnya Rasulullah SAW turut menggesa umatnya menjadi pendidik menerusi sabdanya yang bermaksud: “Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Saidina Ali pernah berkata: “Jadilah orang yang mencurahkan ilmu atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang suka mendengar ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, maka kamu akan binasa.”

Sebenarnya pendidik boleh dikategorikan sebagai ulama dalam konteks kepakaran masing-masing. Justeru, dapat dilihat ulama silam amat mementingkan tatasusila dan adab yang perlu dijaga penuntut ilmu apabila bermuamalat dengan gurunya.

Ulama menggariskan beberapa adab yang perlu diikuti bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Imam Ghazali antara lain menyebut dalam kitabnya Ihya ‘Ulum ad-Din: “Apapun yang diterangkan oleh guru ketika pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan guru lebih bermanfaat daripada apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut).”

Bukanlah maksud kata-kata itu bahawa segala yang dicurahkan guru, walaupun ia mungkin ada kesilapan perlu diterima bulat-bulat, tetapi apa yang cuba disampaikan adalah betapa perlunya bagi penuntut untuk sentiasa meletakkan martabat guru pada tempat yang selayaknya.

Percanggahan pendapat harus ditangani dengan bijak supaya hubungan antara penuntut dengan gurunya akan terus terpelihara dan dijauhkan daripada menjatuhkan air muka guru di khalayak ramai.

Kebelakangan ini, pelbagai berita dilaporkan yang boleh dikira sebagai cuba merendahkan martabat guru. Berita guru dikasari murid, diheret ke mahkamah, guru dera pelajar, jika tidak diselidiki kesahihannya dengan teliti boleh menyebabkan pelbagai persepsi buruk dilontarkan kepada guru dan pendidik.

Perbezaan ketara dapat diperhatikan apabila guru dipandang tinggi oleh anggota masyarakat satu ketika dulu.

Ibu bapa akan menyerahkan amanah menjaga dan mendidik anak kepada guru dengan rasa ikhlas dan penuh kepercayaan.

Sebaliknya situasi masa kini, guru semacam perlu berjaga-jaga supaya tindak tanduknya tidak mengundang sebarang masalah, walhal secara lazimnya mereka melakukan setiap perkara hanya dengan tujuan untuk melihat anak didiknya terus cemerlang dan berjaya.

Dalam konteks lain pula, guru perlu sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku supaya dapat menjadi ikutan terbaik kepada generasi muda. Guru harus sedar setiap tingkah laku mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Jangan sesekali bercakap sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Sesungguhnya balasan Allah amat berat bagi mereka yang tidak melakukan apa yang diperkatakan.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah as-Saf, ayat 2-3)

Hakikatnya, jika guru tidak menjaga maruah dan perilaku, mereka merendahkan fungsi dan martabat sendiri pada mata masyarakat, seterusnya mengabaikan amanah Allah bagi melahirkan umat yang terbaik menerusi ilmu pengetahuan.

Sempena sambutan Hari Guru, hari ini, marilah bersama kita mengenang jasa guru dan pendidik yang sudah banyak membantu agama, bangsa dan negara dalam melahirkan ummah terbaik dan dipandang tinggi.

Ucapan terima kasih seharusnya ditujukan khas buat guru yang banyak berkorban masa, tenaga dan idea demi melihat anak didiknya terus berjaya, bukan saja di dunia malah di akhirat kelak.

Hal ini bertepatan saranan Baginda SAW yang mengajar umatnya sentiasa ringan mulut untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada sesiapa saja yang berbakti kepada mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Hadis riwayat Bukhari)

Segala amal bakti seorang guru menyampaikan ilmu bermanfaat kepada anak didik akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa juga kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah al-Muzammil, ayat 20)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim)



Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia

di petik dari jaringan:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20090515230512/Article

4 comments:

  1. asmkum..izin aku melontar sedikit pendapat sbg kiasan ataupun pedoman...n sblm tu izin aku ucapkn slmt hr guru kpd smua guru yg tlah mendidik kite selama ini..coretan ini mungkin sedikit pedas coz aku nk tanya korang yg ambil profesion perguruan ni..ikhlas ke???..haha..tuk pengetahuan semua sblm ekonomi malaysia gawat pd thn 1997 boleh dikata profesion ini lansung tidak di minati oleh graduan lepasan ijazah...kenape tu ek?..profesion ini hanya setaraf dgn ulama jika seorg guru itu ikhlas sabar, mmg cita mereka untuk membantu anak murid @ bangsa berjaya tp sbliknya...knape begitu?..sbnrnya utk pengetahua korang hampir 90% mereka yg menjadi guru sbrnya HIPOKRIT....nawaitu mrk sbnr bknya nk mendidik ttp lbh kpd nk hidup senang tanpa berfikir....ialah mane tak nya....sejak kecil lg kite sudah didik menjadi manusia boleh membangakan keluarga kite.. itu mmg btoi tetapi....ujian Allah pd thn 1997 tlh menyaksikan penanam angur di bumi malaysia dikatakan tumbuh sehingga ade mrk yg dulu gah dgn nikmat kurniaan tuhan tersungkur lantah terpinga2 solah mrk sudah hilang arah apabila peluang pekerjaan berkurangan....maka berduyun2 semut keranga diibaratkn sbg org melayu yg yg tidak boleh berdiri diatas kaki sendiri meminta ehsan kerajaan untuk menyahut supaya profesion perguruan dimartabatkn semata2 tak mahu menangung malu kerana takut di cap sbg PENGGANGUR....ITULAH YG AKU PELIK konon nys nk mertabatkn profession perguruan konon...hbs kalo semua jd guru siapa mahu menjadi peniaga?itu bg mrk yg mempuyai kelayakan akademik mcm mane plak mrk yg tak memiliki kelayakan akedemik?maka mereka ini terpengaruh dgn populariti lalu mengejar cita menjadi penghibur realiti...ape yg cari oleh mrk sbnrnya kalo bkn nk menunjuk status glamour di khalayak....inilah dua dunia hipokrit org melayu yg mahu bln goyang cukup bln dpt gaji yg lain lantaklah ko lah nk pandai ke nk jd bodoh ke...korang mmg x ambik port lsg sampaikn guru ade yg merempit ape cerita brader?

    ReplyDelete
  2. trime kasih atas pendapat anda...

    buat pengetahuan anda, semasa mula sy menjadi guru pelatih ni, inilah soklan pertama yg sy dpat dari kawan2 sy...

    saya bukan lah pndai sgt berbicara dalam hal ini. tp mungkin anda boleh merujuk pd yg lebih arif klu anda tidak berpuas hati dgn jawapan sy...

    yup, mungkin ad kwn2 sy yg hipokrik dlm ingin menjadi seorang pendidik tp.... xkan krn seorang, anda ingin menjatuhkan hukum semua adalah bersalah? dan...dari sumber mn anda mengatakan terdapat 90% GURU ADALAH HIPOKRIK? adakah anda ada merujuk pd yg pakar dlm bahagian ini?

    apa yg sy diberitahu, kerajaan telah mmperuntukkan sejumlah kecil shaja utk bidang perguruaan dibawah tanggungan kerajaan... bagi mereka yg ambil perguruan di IPT termasuk UPSI tidak sepenuhnya dan mungkin tidak ditaja oleh kementerian pendidikan. utk mereka mengajar di sekolah, belum tentu lagi mereka akan dapat.

    untuk pemilihan perguruan ini juga, kami telah ditapis dengan temuduga dan ujian personaliti sebelum memperoleh tawaran ini. mungkin ad seorang dua yg terlps, tp x bermakne semuanya yang dipilih adlah buruk dan tidk boleh dipercayai keikhlasan mereka ingin menjadi guru?

    untuk pengetahuan, perguruan juga adalah satu perniagaan... tp bukan dari segi material, tp dari ilmu... tdk salah bahawa mengatakan kami penjual ilmu walaupun hanya bermodalkan pengalaman dan pengetahuan yg kami peroleh. bukan kami mata duitan, tp kami juga memerlukan duit utk terus hidup seperti kamu juga. cuma kelebihan pada anda dari segi kemahiran fizikal. kami pula dari segi kemahiran menyampaikan ilmu. ADAKAH SALAH TINDAKAN KAMI?

    mengenai menaikkan martabat kami, mungkin ini adalah salah satu cara yang kami boleh lakukan untuk menyedarkan kawan2 kami yg hipokrik dalam memperjuangkan bidang pendidikan ini agar mmbetulkan balik niat sebagai seorang guru. UNTUK SIAPA?! klu bukan utk anda, mungkin utk anak anda, saudara-mara anda, atau org yang anda kenal. SALAHKAH?

    untuk sokln anda yang akhir, kami adalah manusia. masing2 ad minat tersendiri. tp kami sedang cuba mmbntuk diri dan kawan guru utk menjadi seorg yg berkualiti, yg mampu mendidik anak bangsa ke arah yang lebih baik. kami bukannya dari kecil didik untuk mnjdi guru, tp atas ksedaran diri kami di masa ini, mungkin perguruan adalah yg terbaik. dari segi ekonomi pun ya, dari segi ingin memdidik generasi baru pn ya...

    mungkin dalam situasi sekarang, anda tidak memahami kami dan kami tidak memahami anda. mungkin kita perlu merujuk pada yang lebih pakar untuk penerangan yang sebenar. bukan hanya merujuk pada khabar angin dan sumber-sumber yang tidak benar. sumber yang kejap betul, kejap slah pn xyah la percaya.

    harap ini menjawab persoalan anda.... trima kasih krn melawat blog sy...:)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..izinkn saya berkongsi dgn kwn2 dsana,kta sbg manusia apa hak kta untuk cakap org iti tak ikhlas org ini xikhlas..yang kita?apa yang tlh kta sumbangkan?

    ye,mmg ade yg ckp hipokrit je2,tapi mmg ade pun dlm islam dlm kata istilah istikhlas@الاستحلاص
    tak slh untuk kta berpura2 kearah kebaikan..krn peringkat ikhlas pun bknlah terus2 ikhlas..ade peringkatnya..saya mengucapkan tahniah kpd guru2 yang terbuka hati untuk menjadi pendidik sama ada ikhlas @ tidak..

    ingat,kita tidk ade hak untuk berkata sesiapa pun..kerana Dia lebih mengetahui..berlakon dengan berpura2 mana yang lebih baik?fikir2kanlah..

    yang baik dtg dr Allah,yg bruk dr diri sndri..maaf jika terslh kata..wassalam.selamat hari guru..

    ReplyDelete