Wednesday, December 29, 2010

JANNAH DISEBALIK MUSIBAH....



Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Tuesday, December 21, 2010

Orang Pertama..


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

sumber:http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4512

p/s: Siapa orang yg petama masuk neraka? sme2 kita renungkn...

Sunday, December 12, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

sumber: http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/835-mengapa-wanita-memerlukan-lelaki.html

p/s: Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia...

Tuesday, November 23, 2010

Assalamualaikum, As Salam, Walaikumussalam...




Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
QS. az-Zukhruf (43) : 89

السلاما=keamanan.....

baik gunakan ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

sumber: http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-betul-memberi-salam.html

Sunday, November 21, 2010

Sesat Walaupun Di Jalan Yang Lurus

Ahli Jemaah masjid telah menunggu hampir setengah jam. Penceramah yang dijemput masih belum tiba. Anak-anak di ruang masjid telah mula membuat bising. Suasana yang sedia panas meresahkan lagi orang-orang tua yang terus menunggu dengan setia. Menunggu lama untuk mendengar ceramah agama akan mendapat pahala, begitulah agaknya pujuk hati mereka.

“Ustaz ini memang begitu. Selalu lewat,” bisik seorang ahli kariah di sebelah saya.

“Minggu dulu pun macam ni,” balas orang di sebelahnya.

“Tak mengapa. Ceramahnya semangat. Sedap didengar,” pintas seorang lagi. Saya hanya mendengar, walaupun dalam hati sudah berkira-kira untuk meninggalkan majlis. Ia telah memakan masa yang diperuntukkan. Masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menunggu giliran.

Hampir 40 minit kemudian baru penceramah datang, lengkap dengan jubah dan serbannya. Dalam ceramah yang berdegar-degar itu dia memperkatakan tentang pentingnya mengikut sunah Rasulullah. Saya mendengar sambil mencatat. Cuba menenangkan hati walaupun hati masih tertanya-tanya mengapa sunnah Rasulullah s.a.w dalam menepati janjinya dan menjaga masa tidak disentuh sekali.

Terbayang urutan sejarah bagaimana rasulullah s.a.w sentiasa datang awal ke Masjidil Haram sehingga baginda dilantik menjadi hakim untuk meletakkan ‘Hajarul Aswad’ yang gugur dari tempatnya dalam peristiwa banjir yang melanda kota Mekah. Begitu juga dengan insiden bagaimana Rasulullah menunggu hampir 3 kali seorang yang berjanji bertemu dengannya tetapi tidak datang. Rasulullah sangat menepati masa dan alangkah baiknya jika sunah menepati masa ini dilaksanakan oleh ustaz yang memakai serban dan jubah itu. Nampak lebih sempurna dan indah.

Saya benar-benar skeptis dengan lambang-lambang agama yang kosong makna. Elok juga sunah yang hendak diamalkan disusun mengikut prioriti amal (‘aulawiyat’). Ini kerana ada orang yang sangat menitik-beratkan soal kurang utama dengan meninggalkan soal yang lebih utama.

Bukan sahaja di tempat kita tetapi nun di Mekah sekalipun betapa ramai yang bertolak-tolakan (kekadang sehingga ke peringkat berkelahi) sewaktu ingin melaksanakan ibadat sunat mencium Hajarul aswad. Sedangkan persaudaraan itu lebih wajib dipertahankan berbanding amalan sunat (mencium Hajarul Aswad).

Ya, saya tidak nafikan sudah dalam berpakaian. Serban dan jubah, memang pakaian sunah. Namun kekadang orang hanya mempertahankan bentuk pakaian, tetapi tidak sunah kebersihannya. Akhirnya, masyarakat yang tidak faham mengutuk jubah dan serban yang disinonimkan dengan bau hapak dan kotor. Begitu juga sunah janggut dan misai, ada yang benar-benar iltizam membelanya tetapi kurang terurus. Tidak dirapikan apalagi disisir dengan sebaik-baiknya.

Saya pernah bertemu dengan seorang yang sangat cerewet dengan persoalan tajwid. Sering dia mufaraqah dalam solat berjemaah kerana dakwanya Imam tidak betul bacaan fatehahnya.

“Dadnya kurang tebal,” komennya satu ketika.

“Ronya tidak sempurna,” ulasannya pada satu ketika yang lain.

Begitulah, ada sahaja yang tidak kena dalam bacaan tajwid orang lain. Dia begitu teliti hampir-hampir ke arah cerewet. Namun, sayang seribu kali sayang… anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Anak-anak perempuannya selamba sahaja keluar rumah dengan pakaian yang terdedah, tidak pula mendapat teguran daripadanya. Dia begitu teliti tentang hukum bacaan, tetapi tidak teliti pula dalam hukum amalan.

Di satu ketika saya pernah bertemu dengan seorang yang dianggap intelektual Islam – pakar dalam istilah, bahasa dan nahu sekali gus pakar epistemologi. Pantang tersalah istilah atau huraian, dia akan menerangkannya secara terperinci. Kagum saya melihat kepintaran dan komitmennya. Tetapi saya sedikit kecewa kerana satu ketika saya dapati dia begitu longgar dalam memilih makanan yang halal.

Sewaktu heboh orang membincangkan soal logo halal dan makanan yang haram, beliau sebaliknya selamba makan di restoran-restoran yang meragukan.

“Tuan, kita patut berhati-hati.” Pernah saya mengingatkan.

“Jangan terlalu teliti. Tak merasa kita nanti.”

Saya benar-benar terkejut. Mana ketelitiannya tentang bahasa serta istilah yang ingin dipertuturkan sewaktu memilih makanan yang hendak dimasukkan ke dalam perut? Padahal Rasulullah saw seorang yang sangat fasih balaghahnya tetapi baginda juga sangat teliti dalam memilih makanan. Pernah baginda melarang cucunya memakan kurma yang disedekahkan kerana keluarga tidak boleh makan makanan sedekah. Bahkan Sayidina Abu Bakar pernah memuntahkan kembali susu yang diperoleh daripada sumber yang diragukan.

Saya masih ingat apa yang terjadi dalam majlis sambutan Maulid Nabi beberapa tahun yang lalu. Semua penceramah menekankan betapa pentingnya mengikut sunah Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan. Saya melihat sendiri betapa semangatnya peserta yang mendengarnya. Mengangguk-angguk, menangis dan ketawa dengan alunan kata dan intonasi suara penceramah yang terkenal.

Namun sayang sebalik sahaja selesai majlis Maulid itu sampah-sampah dan bekas minuman air serta botol-botol plastik berserakan. Hati saya jadi tertanya-tanya, di manakah sunnah Rasulullah saw yang sangat menjaga kebersihan itu kita letakkan? Ke mana perginya semangat yang meluap-luap ketika melaungkan selawat tadi?

Mengapa tidak semangat itu diterjemahkan ke dalam bentuk realiti yakni dengan membuang sampah dan sisa minuman serta makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Bukan kebersihan itu pernah ditegaskan oleh Rasulullah saw sebagai sebahagian daripada keimanan?

Pernah juga saya bertemu dengan seorang usahawan yang begitu mengagumi Rasulullah saw dalam bidang keusahawanan. Segala yang tersurat dan tersirat tentang sifat keusahawanan Rasulullah saw dibongkarnya.

“Bagindalah aspirasi dan inspirasi saya dalam bidang perniagaan.”

“Bila saya memberi motivasi kepada anak-anak remaja dan pelajar-pelajar yang berminat dalam perniagaan tidak lain, hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang saya tonjolkan sebagai rol model.”

Saya begitu mengaguminya sehinggalah semasa bermusafir bersamanya saya lihat dia begitu culas dengan solat. “Kita perlu berhenti untuk solat jamak qasar,” pinta saya.

“Tak boleh qada sahaja ke?” balasnya.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Lupa agaknya dia tentang sunah Rasulullah yang begitu ‘punctual’ dalam menjaga waktu solat. Agaknya dia terlalu asyik meneliti sunah Rasulullah saw dalam bidang ekonomi terlupa persoalan asas dan teras dalam Islam yakni solat.

Bukan sahaja lewat solat, tetapi tidak solat. Ya, sunah dalam perniagaan memang diikutnya, tetapi bagaimana sunah dalam menjaga solat? Ini mengingatkan saya kepada kecenderungan masyarakat yang melihat Islam pada nilai ekonomi (muamalat) dan aspek nikah kahwin (munakahat) sahaja tetapi lupa pada soal ibadat dan jinayat (perundangan).

Sahabat saya pernah bercerita tentang seorang kenalannya yang kuat berzikir, lemah lembut tutur katanya.

“Dia betul-betul lemah-lembut dan kuat berzikir.”

“Baguslah kalau begitu. Apa masalahnya?’

“Masalahnya, apabila dia memandu. Lajunya macam pelesit. Menggeletar aku dibuatnya. Dia berkata orang yang ingat Allah, tidak takut mati!”

Saya tersenyum. Memandu melebihi had laju sepakat para ulama mengatakan bahawa itu satu dosa. Jadi, itu bukan sunah. Berani mati di jalan yang lurus (di lebuh raya) amat beza dengan berani mati ‘di jalan’ yang lurus (mati syahid, mati dalam iman dan ibadah kepada Allah). Sunah berzikir dan bertutur dengan lemah-lembut memang baik, tetapi jangan abaikan keselamatan nyawa sendiri dan orang lain ketika memandu kereta.

Ada pula lelaki hidung belang yang beria-ia hendak berpoligami kononnya untuk mengikuti sunah nabi, tetapi isteri masing-masing membuka tembelang perangai mereka yang tidak solat, tidak mendidik anak-anak, kasar, pemarah dan culas dalam memberi nafkah serta mendidik anak-anak.

Semua kisah di atas saya paparkan sebagai peringatan bersama tentang betapa lemahnya kita dalam mengikut sunah Rasululllah saw. Kita cenderung melihat di sudut-sudut tertentu yang kita sendiri punya kepentingan. Al Hasil, sering kali kita dapati dorongan memakan makanan sunah lebih hebat diuar-uarkan berbanding dengan mengajak melaksanakan sunah-sunah yang lebih besar dan afdal.

“Ayah, jika minum susu kambing kita boleh jadi baik. Ini minuman sunah.”

“Tapi jangan hanya ikut sunah minum susu kambing sahaja, ikut sunah yang lebih utama daripada itu, “ balas saya.

“Apa dia?”

“Bangun solat Subuh, tinggalkan perkara yang sia-sia.”

“Makan kismis ini yang didoakan ini bagus ayah. Fikiran kita jadi tajam. Ini juga makanan sunah.”

“Ya. Tetapi berusaha menelaah pelajaran dan memberi tumpuan ketika belajar adalah lebih sunah.”

Anak saya terdiam. Sikapnya memilih yang senang-senang dan enak-enak sahaja daripada as sunah saya perbetulkan. Memang untuk beramal, kita boleh pilih yang mudah-mudah dan senang-senang dahulu tetapi kita mesti tahu dan berusaha untuk mengamalkan yang lebih utama. Mana yang ‘sesuai’ dengan selera dan kecenderungan kita, itu yang diutamakan. Manakala yang perlukan kita bersusah payah serta mujahadah kita pinggirkan… seolah-olah itu bukan sunah.

Minum susu kambing misalnya memang sunah, ya itu ada kesannya dalam pembentukan peribadi kita,namun tentulah meninggalkan mengumpat dan memfitnah, bermujahadah melawan nafsu, membaca Al Quran dan mendirikan solat lebih utama dalam usaha kita untuk memperbaiki diri. Ya, tidak ada salahnya menguar-uarkanlah makanan sunah yang boleh membentuk hati dan peribadi, tetapi jangan terlupa aspek-aspek lain yang jauh lebih penting seperti menjaga pergaulan, mengamalkan cara hidup bersandarkan syariat dan lain-lain.

Jadi, persoalannya betapa ramai orang yang mendakwa dan merasakan dia telah mengikut sunah padahal apa yang sebenarnya diikutinya hanyalah hawa nafsu sendiri? Inilah gara-gara tidak tulus mengikut jalan yang lurus!

petikan genta rasa



sumber: Mohamad Fitri, Facebook
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_119702864758570#!/?sk=messages&tid=1455963804871

Monday, September 27, 2010

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA.....

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya. " jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... cekik lehernya sampai...... tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia menghErdik," Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.

Bahkan iatak tahu mau di bawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?""Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyEdari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atasdirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orangyang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH(Abdur rahman Arroisy).



SUMBER: MOHAMMAD FITRI (FB) - http://www.facebook.com/home.php#!/?sk=messages&tid=1573893114724

p/s: bgi ak adalah berdosa besar juga bagi seseorang itu menghukum laknat bagi sesorang yang ingin bertaubat dengan dosa-dosanya. pengampunan hanya Allah sahaja yang layak menentukan. kita hanya mampu memberi nasihat dan cadangan yang terbaik.

Thursday, September 23, 2010

JANTAN KE BETINA?



Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."


Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....



Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=468383438022&id=1416972641&ref=mf

p/s: jantan ke betina yg penting ble guna bile time nk wat keja. hahaha

Thursday, September 9, 2010

LELAKI DAN WANITA...



Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini..
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda

Kini..
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu..
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh

Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini..
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul

petikan dari novel '' Syabab Musafir Kasih ''
credit : blog Si Pengemis Iman....

------------------------------------------------------------

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri.


Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu…
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai


Wahai wanita..

jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,


Wahai wanita…

jangan dibanggakan dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita…

jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah…

jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama


Salam perjuangan untuk sahabatku…
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”


Labels: Mujahidah Solehah, Puisi Kreatif
credit: SI Pengemis Iman....

PESANAN PENAJA: selamat menyambut hari rye....

Tuesday, August 31, 2010

TOXIC PEOPLE vs USUNG HERO


“Belajarlah merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain,“ pujuk saya.
“Senanglah saudara cakap begitu kerana saudara tidak mengalaminya. Jiwa saya tersiksa sungguh. Dulu projek tu sayalah yang memberi idea. Saya juga yang memulakannya. Pada waktu itu mereka melihat sahaja dengan penuh sinis. Tapi saya sejak dulu lagi sudah optimis, projek yang saya ilhamkan itu akan berjaya.”

“Masalahnya?”
“Setelah berjaya saya diketepikan. Mereka yang sinis dahulu beria-ria pula mendabik dada, konon kejayaan projek itu hasil usaha mereka,” ujarnya sedih.

“Allah Maha Mengetahui. Insya-Allah, Allah akan memberi ganjaran atas kebaikan saudara walaupun manusia lain mkelupakannya.”
“Betul macam yang diungkapkan oleh peribahasa lama, lembu punya susu, sapi dapat nama.”
“Biarlah sapi dapat nama, insya-Allah jika ikhlas kita dapat pahala dan keredaan Allah,” pujuk saya terus menerus.
“Saya sakit hati…”

“Saudara, bukan saudara seorang sahaja yang pernah melalui nasib begini, ramai orang telah melaluinya. Jika tidak, tidaklah timbul istilah ‘unsung hero’,” jelas saya.
“Unsung hero?”
“Ya, wira yang tidak dicanangkan atau didendangkan. Dia berjasa tetapi dilupa. Dia berbudi, tetapi dikeji. Pada setiap generasi perjuangan pasti ada golongan yang tidak disebut-sebut namanya, tidak dkenali apatah lagi dipuja, tetapi hakikatnya merekalah orang yang paling banyak berjasa dan berbakti.”
“Kenapa begitu? Adilkah?”

“Allah sedang mengajar saudara,” kata saya hampir berbisik. Mengalih fokus perbualan kepada dirinya dan saya.
“Allah sedang mengajar saya?”
“Allah mengajar saudara melalui mereka.”
“Apa yang Allah sedang ajar saya melalui perlakuan mereka?”
“Allah mengajar saudara tentang ikhlas!” tusuk saya perlahan.

Dia terdiam. Sebenarnya saya turut simpati dan empati dengan nasibnya. Ketika dia selayaknya tersenyum kerana kejayaannya, sebaliknya dia bersedih, rasa terpinggir dan hampir dilupakan.

“Saya geram dengan pengampu dan pembodek. Saya benci dengan siasah pembelit yang licik dan berstrategik,” ujarnya berterus terang.
“Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik,” balas saya dengan nada memujuk.
“Oh, sukarnya,” katanya hampir mengeluh.

“Saudara patut bersyukur dengan kesukaran itu.”
“Kenapa? Bukankah sepatutnya saya bersabar?”
“Kita wajar bersyukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita daripada riyak dan takbur atas kebaikan yang telah kita lakukan. Tanpa sanjungan, tanpa pujian, bukankah rasa takbur dalam hati kita akan tertekan? Rasa riak juga akan terhenyak?”
“Benar juga kata saudara. Tetapi sungguh, sukar sungguh untuk mendidik hati agar rasa begitu.”

“Saudara, dalam setiap perjuangan juga ada golongan yang dinamakan ‘toxic people’.”
“Toxic people?”
“Golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Ujudnya golongan ini seiring dengan wujudnya wira yang tidak didendangkan tadi.”
“Maksud saudara?”
“Justeru adanya toxic people inilah menyebabkan wujudnya unsung hero!”
“Awak ni ada-ada sahaja, “ katanya sambil tersenyum.
Alhamdulillah saya akhirnya dapat menyebabkan wajahnya yang murung tadi ceria sedikit.

“Toxic people ini tidak banyak kerja untuk orang lain melainkan bekerja untuk kepentingan diri. Dia mengampu yang di atas, menyiku yang sebaya dan menekan yang di bawah.”
“Saya akan lawan mereka!”
“Jangan. Pembelit akan terbelit dengan jeratnya sendiri.”
“Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.”

“Berapa lama harus saya bersabar, eh… bersyukur?”
Saya tersenyum.
“Sabarlah dalam bersabar. Dan syukurlah sehingga tidak dapat diukur…”
“Ini pasrah atau mengalah?”
“Tidak kalah dengan mengalah.”
Saya dapat menyelami perasaannya. Setiap kita pasti diuji – isteri yang setia oleh kecurangan suami, majikan yang adil oleh pekerja yang tamak, pengikut yang setia oleh pemnimpin yang zalim. Dunia ini memang tidak adil… sebab itu perlunya ada akhirat. Di sanalah keadilan yang hakikit dan mutlak akan tertegak.

“Kenapa kita sering tertekan bila diuji begini?” jolok saya bila melihat dia mengelamun.
Dia diam.
“Kalau disusur dengan hati yang paling jujur, dimuhasabah dengan jiwa yang paling saksama, pasti di sebalik semua itu adalah kepentingan dunia jua,” kata saya.
“Sebab tidak naik pangkat, tidak dapat ganjaran, tidak dapat pujian dan sanjungan… Bukankah begitu?”
Dia diam. Matanya berkaca.
“Marilah sama-sama kita akui, kita pun jahat juga. Mungkin kita juga bukan ‘unsung hero’, sebaliknya kita juga hakikatnya ‘toxic people’!”

“Siapa yang mampu menilai siapa kita?”
“Dalam Al Quran Allah telah tegaskan dengan firman-Nya: Beramallah nanti Allah, Rasul dan orang mukmin akan menilai amalan kamu itu. Tiga itulah penilai yang paling tepat. Selain daripada itu ketiga-tiga itu semuanya tersasar.”
“Sekarang saya faham mengapa sejarah sering diselewengkan hinggakan wira dianggap penderhaka, penderhaka dianggap wira.”
“Kecuali sejarah yang dibawa oleh Al Quran dan As sunah.”
“Jika tidak kita akan memuji Haman pengampu Firaun berbanding Masyitah (tukang sikat rambut) bagi anak perempuan Firaun. Tentulah Haman lebih tersohor, kerana dia bertaraf menteri bagi sebuah negara. Sebaliknya Masyitah hanya seorang kuli biasa,” jelasnya menguatkan keterangan saya.

Saya tersenyum. Masih terbayang dalam ingatan bagaimana pada suatu ketika dahulu buku-buku sejarah (yang menyalin bulat-bulat fakta dan idea penjajah) menyanjung residen-residen British seperti Hugh Low, Frank Swetenham, Clifford dan lain-lain manakala Dato’ Bahaman, Dato’ Maharajalela, Tok Janggut, Mat kilau dan lain-lain dilabelkan sebagai penderhaka. Itu tidak termasuk lagi figur seperti Kamal Ataturk yang dianggap sebagai wira Turki padahal dialah yang paling banyak merosakkan Islam di Turki dan khalifah dalam dunia Islam.

“Namun begitu, betapa licik sekalipun strategi dan putar-belit ‘toxic people’ ini mereka tidak akan dapat menipu semua orang pada setiap masa. Lebih-lebih lagi mereka tidak dapat menipu diri sendiri.”
“Maksud saudara mereka tidak akan bahagia walaupun dengan jawatan, nama dan harta yang mereka miliki?”
“Mereka mendaki ke puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Hidup mereka sentiasa tidak senang kerana asyik memikirkan perancangan kejahatan. Mereka akan sentiasa dibayangi oleh orang yang mereka benci ke mana sahaja mereka pergi. Orang yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.”

“Tenang sedikit saya mendengarnya.”
“Mendengar yang mana satu?”
“Yang mana satu?” tanyanya semula.
“Mendengar pembalasan yang akan menimpa ‘toxic people’kah atau ketenangan yang bakal dimiliki oleh ‘unsung hero?”
Dia tersenyum.
“Kita harus ingat, ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan, harta dan nama yang tersohor tetapi lebih ramai orang yang tidak bahagia kerana dengkikan harta, jawatan dan nama yang dimiliki oleh orang lain. Yang satu ‘tak dapat’ apa yang mereka dapat. Yang satu golongan lagi ‘tak dapat’ apa yang mereka memang tak dapat!”

“Kesimpulannya?”
“Biarlah sapi yang dapat nama… kerana kita bukannya lembu yang terkenal dengan kedunguannya!”
Teringat pula perumpamaan orang tua-tua dahulu, bodoh macam lembu. Relakah kita menjadi ‘lembu’ hanya kerana dengkikan sapi yang sering mendapat nama? Katakan tidak, kerana Allah, Rasul dan orang Mukmin akan menilai kerja kita. Itu lebih penting! Dan tiba-tiba saya teringat sebuah nasyid yang didendangkan oleh Mujahid nasyid yang telah pergi – Ustaz Asri Ibrahim. Katanya, “mana milik kita? Tidak ada milik kita.. Semua yang ada, Allah yang punya!”

di ambil dari Mohamad Fitri Facebook
http://www.facebook.com/?tid=1582988173124&sk=messages#!/?sk=messages&tid=1258008829906

Wednesday, August 25, 2010

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

sumber: http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28343:10-pembohongan-besar-media-berkenaan-israel&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

pesanan: kepada yang baru tahu, hrap ia dapat membantu anda semua sedikit sebanyak mengukuhkan pengetahuan anda tentang siapa itu ZIONIST!!

insyaallah sme2 kita saling ingat mengingati....

Tuesday, August 17, 2010

all download limits exceeded from your IP

penah dapat tak mesej tu....
klu penah dpt, cmne ye korang seslesaikan?

ni nk kongsi ilmu penyelesaian yang ak dapati dalm internet....

http://lh5.ggpht.com/_PFQlyT0UnUQ/TGEeTYii4KI/AAAAAAAAAOg/gJ_v39n_MLc/all_download_limits_exceeded_from_your_ip.png
ni adalah sumber asal rujukan ak...

tp ak nk tunjukkan dalam bahasa ibunda saya, bahasa melayu pula....


PERINGATAN / PEMBERITAHUAN: tutorial ini hanya untuk mendapatkan fail dalam bentuk PDF sahaja... klu yang lain tu masih x dpt bantu... trima kasih...


BAIKLAH. selepas anda mendapati anda mendapat mesej berkenaan, ini langkah2 yang anda kne buat....

1. pergi ke http://www.scribd.com/mobile dan TULISKAN CARIAN ANDA dalam kotak yang disediakan... dan SEARCH...

2. PILIH FAIL yang anda mahu & TEKAN BUTANG "DOWNLOAD NOW" untuk memuat turun...

3. nnt ada kotak dialog akn keluar bertanya untuk save, PILIH "OPEN WITH"... then OK...


INSYAALLAH ANDA AKAN MENDAPAT FAIL YANG ANDA KEHENDAKI.....


moral of the story: setiap masalah ade penyelesaian. berfikirlah untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik....

insyaallah semoga ilmu ini berguna untuk anda...

Saturday, July 24, 2010

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.



Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

kredit 2 Lia Gwen

Sunday, July 4, 2010

Menilai tidak salah. tetapi menghukum, hanya Allah yang berhak

cerita dibawah ni bkn hnya nak cakap pasal aurat sahaja, tetapi berkenaan dengan pemikiran kita. seperti tajuk di atas, maka ceritanya begini....

"Menurut majalah MANAR ISLAM mesir, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

dari -eira- tagged...

Monday, June 28, 2010

KENAPA?

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Friday, May 7, 2010

PENDAPAT: Kamal Ataturk 'Bebaskan' Wanita Turki

Utusan Malaysia Online - Rencana - Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki

untuk rujukan, boleh lihat di link tersebut...

PENDAPAT:
bagus mereka meletakkan fakta berkenaan dengan keburukan kamal Atartuk, tapi MINTA TOLONGLAH SELITKAN APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARI RENCANA TERSEBUT!!!!....

pembaca akhbar sekarang bukan sahaja dari golongan remaja hingga ke golongan emas, tapi ada golongan muda juga. mereka masih belum lagi dapat menilai sepenuhnya baik dan buruknya. mereka lebih kepada mengikut trend. dan trend sekarang banyak mengikut pandangan Kamal Ataturk itu. ini akan menyebabkan mereka lagi mengiyakan fakta yang diterbitkan.

bagi golongan remaja sekarang pun belum tentu mereka dapat mengerti apa yang ingin disampaikan oleh penulis. bagi mereka apa yang mereka merasakan sama dengan apa mereka amalkan, adalah fakta yang benar. tanpa bimbingan dari penulis, bermacam-macam pahaman yang boleh timbul sebab tiada penjelasan yang terperinci mengenai apa yang ingin disampaikan.

lagi satu, KETUA EDITOR UTUSAN NI X PEKA KE PASAL ISU INI? ini bukan isu main-main. lagi-lagi dengan artikel yang seakan-akan cuba menyanjungi perubahan yang dilakukan oleh pengkhianat agama ini. semua berkaitan dengan testimoni keberjayaan Kamal Ataturk dalam ideologi tentang Islam Liberal dan kebaikan Islam Liberal. walaupun ketua editor bukan dari pengajian agama, harap dapatlah sekali sekala berdamping dengan orang agama lagi-lagi bila berkaitan dengan isu agama. semoga Allah memberikan hidayah dan taufiq kepada anda sebelum anda tersesat jauh....

saya bukan seorang pakar agama, tetapi saya tahu apa kehendak agama saya.

mungkin ini adalah kelemahan ketua editor, tetapi kekuatan pada saya. jadi kita sama-sama mengambil ingatan supaya agama kita, Islam sentiasa maju kehadapan dengan pegangan yang teguh.

kalau ini bukan niat anda sebenar, harap dapat perbaiki balik penulisan ini supaya ia tidak akan menyesatkn pengganut agama islam lain ke arah pemikiran Kamal Ataturk...

terima kasih atas perkongsian fakta...

Wednesday, April 28, 2010

BeRHATI-hATI dI dALAm RuMAh....

Taktik/teknik perompak/penyamun :

1. Datang rumah yang kosong(mungkin diorang dah riki laki bini pergi keje), letak simen, batu bata dan berdiri depan pagar sambil buat2 tgh tipon owner.
"Tokey, saya sudah datang rumah u tapi kunci, macamanan ni, barang sudah bawak?"
U mau saya potong padlock ka?,..ok!ok!!
(dia akan sembang sekuat mungkin agar ada jiran2 yang dengar)

2. Jurujual yang bagi diskaun macam gores dan menang tu (, kemudian bagi barang, then cakap barang yg dia bagi tu brg yang ditukar (tak elok), so dia ambik balik utk tukar..lepas tu lesap.(normally dia akan kenakan makcik2)

3. Pekerja kontrak yang buat renovation kat rumah, riki tgk then rompak bila siap projek.

4. Pekerja penghantaran elektrik/perabot..akan bagi alasan susah nak hantar, mungkin hantar esok..dia akan tgk ke"urgent"nan pembeli nak barang. Kalau pembeli cakap dia nak kluar out stesen atau vacation,malam tu ..;esap abis.

So, beware of what you said and trust nobody...

Kejadian di atas semuanya benar2 terjadi.

sumber: http://kolamikanhiasan.blogspot.com/search?updated-max=2010-03-14T18%3A00%3A00-07%3A00&max-results=7

Saturday, April 24, 2010

Nak tahu hari berkenaan?

Teknik ini boleh digunakan untuk mengetahui hari sesuatu tarikh yang kita ingin ketahui. Tidak kira la tahun lepas atau akan datang. Langkah yang perlu dibuat:

1. Tulis tahun yang kita nak (T) seperti 2008.

2. Gunakan formula (T – 1) ÷ 4, abaikan bakinya. Contohnya, 2007÷ 4 = 501.

3. Cari (H) iaitu jumlah keseluruhan hari dengan menambahkan semua hari mengikut bulan bermula dari awal tahun hingga tarikh yang kita inginkan. Contohnya saya mengambil 5 April 2008. Tambahkan hari bermula dari Januari sehingga tarikh tersebut iaitu 31+29+31+5 = 96.

4. Kemudian kira nilai (S) iaitu dengan menambahkan semua nilai tadi seperti T, formula (T – 1) ÷ 4, dan H. contohnya, 2008+501+96 = 2605. Jadi, nilai untuk S adalah 2605.

5. Bahagikan nilai S tadi dengan 7 dan ambil bakinya untuk mengetahui keputusannya. Contohnya, jika dibahagikan nilai S dengan 7 hasilnya ialah 372.1. Tetapi kita perlu ambil bakinya sahaja iaitu 1.

6. Ini merupakan nilai baki untuk mengetahui harinya iaitu 0=Jumaat, 1=Sabtu, 2=Ahad, 4=Isnin, 5=Selasa, 7=Rabu, dan 8=Khamis. Jadi, tarikh yang saya pilih merupakan hari Sabtu.

7. Perlu diingat setiap tahun yang boleh dibahagi tepat dengan 4 adalah tahun lompat, iaitu bulan Februari mempunyai 29 hari.

Percaya atau tidak? Boleh buat sendiri kalau tak percaya…..

sumber: http://igpis.blogspot.com/2010/04/teknik-mengenal-pasti-hari-sesuatu.html

Sunday, April 18, 2010

9 Ingredients to avoid in processed foods

If you know me at all, you know that I’m an advocate for whole, unprocessed foods. However, many of us inevitably turn to packaged or processed foods when we are short on time. Maybe we grab a frozen dinner or pizza for a quick dinner for our family. Maybe we grab a quick nutrition bar to satiate our hunger until we can sit down for a real meal. Or maybe, we just don’t like to cook. Whether we like it or not, packaged and processed food has become a huge part of our food industry and, as a result, a part of many of our diets.

Although there are some brands that I hugely advocate for, there are many more that border on outright unhealthy and “scary.” Many packaged foods that seem healthy often contain fillers, preservatives and other ingredients you don’t want in your diet. It is always preferable to choose products that have only a handful of ingredients, all of which should be recognizable. One test to know whether an ingredient is healthy is to ask yourself whether your grandmother would recognize it. If not, there is a good chance the ingredient is less natural food and more man-made chemical. Another good test is whether or not you can easily pronounce the ingredient. If you feel like you need a science degree to pronounce it properly, chances are the ingredient is worth avoiding.

If you do have to resort to a processed food for a snack or dinner (anything canned, packaged, etc.), try to avoid those that contain the ingredients listed in the following chart. Although this isn’t an exhaustive list, these ingredients are some of the most highly processed and least healthy of all:

Ingredient Why it is Used Why it is Bad
Artificial Colors
  • Chemical compounds made from coal-tar derivatives to enhance color.
  • Linked to allergic reactions, fatigue, asthma, skin rashes, hyperactivity and headaches.
Artificial Flavorings
  • Cheap chemical mixtures that mimic natural flavors.
  • Linked to allergic reactions, dermatitis, eczema, hyperactivity and asthma
  • Can affect enzymes, RNA and thyroid.
Artificial Sweeteners
(Acesulfame-K, Aspartame, Equal®, NutraSweet®, Saccharin, Sweet’n Low®, Sucralose, Splenda® & Sorbitol)
  • Highly-processed, chemically-derived, zero-calorie sweeteners found in diet foods and diet products to reduce calories per serving.
  • Can negatively impact metabolism
  • Some have been linked to cancer, dizziness hallucinations and headaches.
Benzoate Preservatives

(BHT, BHA, TBHQ)

  • Compounds that preserve fats and prevent them from becoming rancid.
  • May result in hyperactivity, angiodema, asthma, rhinitis, dermatitis, tumors and urticaria
  • Can affect estrogen balance and levels.
Brominated Vegetable Oil

(BVO)

  • Chemical that boosts flavor in many citric-based fruit and soft drinks.
  • Increases triglycerides and cholesterol
  • Can damage liver, testicles, thyroid, heart and kidneys.
High Fructose Corn Syrup
(HFCS)
  • Cheap alternative to cane and beet sugar
  • Sustains freshness in baked goods
  • Blends easily in beverages to maintain sweetness.
  • May predispose the body to turn fructose into fat
  • Increases risk for Type-2 diabetes, coronary heart disease, stroke and cancer
  • Isn’t easily metabolized by the liver.
MSG

(Monosodium Glutamate)

  • Flavor enhancer in restaurant food, salad dressing, chips, frozen entrees, soups and other foods.
  • May stimulate appetite and cause headaches, nausea, weakness, wheezing, edema, change in heart rate, burning sensations and difficulty in breathing.
Olestra
  • An indigestible fat substitute used primarily in foods that are fried and baked.
  • Inhibits absorption of some nutrients
  • Linked to gastrointestinal disease, diarrhea, gas, cramps, bleeding and incontinence.
Shortening, Hydrogenated and Partially Hydrogenated Oils
(Palm, Soybean and others)
  • Industrially created fats used in more than 40,000 food products in the U.S.
  • Cheaper than most other oils.
  • Contain high levels of trans fats, which raise bad cholesterol and lower good cholesterol, contributing to risk of heart disease.

Have you checked your ingredient lists recently? Do they contain any of the above? Have you tried cutting some of these ingredients out?

Excerpted from "GET REAL" and STOP Dieting! Copyright 2009 - Brett Blumenthal

Originally posted on sheerbalance.com

SUMBER: http://shine.yahoo.com/channel/health/9-ingredients-to-avoid-in-processed-foods-1268429/

Friday, April 16, 2010

Salam kepada bukan Islam


penulis: M JUSOFF TAIB

DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya.

Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita.

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi.

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita.

Bebalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.”

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.”

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.”

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru.

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan,
(2) Pemiliohan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya.
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat.

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati beliau menyebut tentang adanya khilaf.

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf) mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.”

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar.

Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.

Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab !

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24452:m-jusoff-taib-salam-kepada-bukan-islam&catid=95:agama2&Itemid=132

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka
rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan
setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:-

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU,

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS,

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya
Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan
bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari
kami meminta pertolongan!!!!"

7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah
dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,
Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

sumber:http://www.tagged.com/profile.html?uid=5439944987

Sunday, April 4, 2010

KAMI: SATU ATAU BANYAK...

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Seringkali, orang kufar mencoba mengganggu iman kita dengan bertanya, mengapa Qur’an sering guna kata KAMI untuk ALLAH? Bukankah kami itu banyak? Itu bermakna Qur’an pun mengakui “Tuhan” bapa, “Tuhan” anak & “Tuhan” roh!

^_^ … Bagaimana kita nak jawab soalan macam ni???

Nomor 1 yg kena diingat ialah, Bahasa Arab ialah bahasa paling sukar didunia. Sedang bahasa paling sukar nomor 2 ialah Bahasa China.

Hal ini disebabkan kerana dalam 1 kata, bahasa arab memiliki banyak makna.

Contoh: Sebuah gender, dalam suatu daerah boleh bermakna lelaki, tapi dalam daerah lain boleh bermakna perempuan.

Dalam bahasa Arab, dhamir 'NAHNU' ialah dalam bentuk jamak yang berarti kita atau kami. Tapi dalam ilmu ‘NAHWU’, maknanya tak cuma kami, tapi aku, saya dan lainnya.

Terkadang kita sering terjebak dengan pertanyaan macam ini. Pertanyaan boleh bermula dari tidak tahu, namun banyak pulak para kufar yg berusaha untuk membodohi umat Islam yang ramai tak faham dengan bahasa arab. Pertanyaan seperti ini sering dijadikan senjata melawan umat Islam yang sikit ilmunya.

Tapi bagi mereka yang faham bahasa Arab sebagai bahasa yang kaya dengan makna dan kandungan seni serta balaghah dan fashohahnya, Pertanyaan ini macam lucu dan jenaka.

Bagaimana mungkin aqidah Islam yang sangat logis dan kuat itu mau ditumbangkan cuma dengan bekal logika bahasa yang setengah-setengah.

JIKA MEMANG Jika memang “KAMI” dalam Qur’an diartikan sebagai lebih dari 1, lalu mengapa orang arab yg jauh lagi faham akan bahasa arab tidak menyembah lebih dari 1 ALLAH?

Dalam ilmu bahasa arab, penggunaan banyak istilah dan kata itu tidak selalu bermakna zahir dan apa adanya. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan muatan nilai sastra tingkat tinggi.

Selain kata 'Nahnu", ada juga kata 'antum' yang sering digunakan untuk menyapa lawan bicara meski hanya satu orang. Padahal makna `antum` adalah kalian (jamak).

Secara rasa bahasa, bila kita menyapa lawan bicara kita dengan panggilan 'antum', maka ada kesan sopan dan ramah serta penghormatan ketimbang menggunakan sapaan 'anta'.

Kata 'Nahnu` tidak harus bermakna arti banyak, tetapi menunjukkan keagungan Allah SWT. Ini dipelajari dalam ilmu balaghah.

Contoh: Dalam bahasa kita ada juga penggunaan kata "Kami" tapi bermakna tunggal. Misalnya seorang Cikgu Kepala Sekolah dalam pidato sambutan berkata,"Kami sebagai kepala sekolah berpesan . . . ".

Padahal Kepala Sekolah hanya dia seorang dan tidak beramai-ramai, tapi dia bilang "Kami". Lalu apakah kalimat itu bermakna jika Kepala Sekolah sebenarnya ada banyak atau hanya satu ?

Kata kami dalam hal ini digunakan sebagai sebuah rasa bahasa dengan tujuan nilai kesopanan. Tapi rasa bahasa ini mungkin tidak bisa dicerap oleh orang asing yang tidak mengerti rasa bahasa. Atau mungkin juga karena di barat tidak lazim digunakan kata-kata seperti itu.

Kalau rakan diskusi kita yang christian itu tak boleh faham rasa bahasa ini, harap maklum saja, karena alkitab bible mereka memang telah kehilangan rasa bahasa. Bahkan bukan hanya kehilangan rasa bahasa, tapi pun kehilangan kesucian sebuah kitab suci.

Seperti yg sudah diketahui ramai orang, alkitab christian merupakan terjemahan dari terjemahan yang telah diterjemahkan dari terjemahan sebelumnya.

Ada sekian ribu versi bible yang antara satu dan lainnya bukan sekedar tidak sama tapi juga bertolak belakang. Jadi wajar bila alkitab christian mereka itu tidak punya balaghoh, logika, rasa dan gaya bahasa. Dia adalah tulisan karya manusia yang kering dari nilai sakral.

Di dalam Al-Quran ada penggunaan yang kalau kita pahami secara harfiyah akan berbeda dengan kenyataannya. Misalnya penggunaan kata 'ummat'. Biasanya kita memahami bahwa makna ummat adalah kumpulan dari orang-orang. Minimal menunjukkan sesuatu yang banyak. Namun Al-Quran ketika menyebut Nabi Ibrahim yang saat itu hanya sendiri saja, tetap disebut dengan ummat.

Sesungguhnya Ibrahim adalah “UMMATAN” yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif . Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan. (QS. An-Nahl : 120)

Saudaraku, sila pelajari posting2 hari hari lalu, jika ada orang kufar berani mengganggu iman Islam, maka katakanlah yg HAQ itu HAQ & katakana pulak yg BATHIL itu BATHIL. Sampaikanlah dengan hikmah & cara yg baik.

Qs. 29 Ankabuut: 46. Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka…

Sila copy paste & sebarkan, agar rakan & saudara lain boleh tahu jika ISLAM satu-satunya yg TERBUKTI BENAR... ^_^

Jangan lupa bagi tahu rakan & saudara lain menjumpai page group ISLAM TERBUKTI BENAR ini agar lagi ramai orang tahu & saling ingat mengingati sesama insan.

SUMBER: http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

Saturday, April 3, 2010

Isu Purdah: Haram atau Wajib

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).

Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.

Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.

PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.


Sumber: http://buluh.iluvislam.com/?p=62

Tuesday, March 30, 2010

Al-fatihah

Al-Fatihah buat Tok Su di Jengka 12, Pahang. Allah telah menjemputnya pada tengahari tadi.

smoga diampunkan dosa-dosanya, dimuliakannya di dalam alam barzakh, digantikan kelebihan yang ada di dunia dengan kesenangan di alam barzakh dan peliharalah dia di alam sana...

Al-Fatihah...

Thursday, March 25, 2010

TERBAIKNYE....

bismillah...

huhuhu, agk mengantuk hrini. mne taknye sdar2 bangun kul 1 pagi trus celik smpai skg. bukan pe, just sbb tbe2 terasa cuak nk kne observe pengjaran kH....

seperti yang insting ak tunjukkan, mmg trkena ak hrini...

pagi ni alhamdulillah smpai sekolah awl juga la... kul 7.00 pagi (secara kasarnye). perancangan nye lebih kurang cmni la pagi tu...

7.00 pgi check in sekolah, pastu mintak restu dari cikgu Suzni (mnetau ade tips2 yg brgune utk mengajar) sambil luluskn jadual waktu sambil nk jumpa cikgu Rita dptkn buku panduan mengajar KH. pastu nk gi fotokopi lembaran kerja smbil hantar jadual kt GPK then boleh la nak gi buat BBM kt bengkel (pengkalan baru kteorang).dh smpai bengkel boleh sediakan komponen2 yg nk guna time ngaja. bile Tn. Hj. Agus smpai, semua dh ready n steady....

tp biasela, kita hanya merancang... Allah lah sahaja yang Maha menentukan...

7.00 pgi check in sekola, ckgu GPK 1 dh minta jdual. gi la jumpe ckgu Suzni utk aprovekn jadual then trus nk gi jempe GPK 1 (xdpt nk mintak restu). ckgu Rita lak xde dalam bilik guru lgi, pastu Ckgu Maslinda nk check buku rPH (nk tgk cmne LP ak ok ke x.. nsib bek ok je)... nsib bek nk gi amik buku tu, jumpe ngn ckgu Rita... tp malang gak sbb die x amik lgi buku panduan tu (lalala~). tp die sruh tunggu la kejap die nk sruh ak g amik sndiri. tp ak trus cbut sbb GPK lak nak wat taklimat psal kurikulum kt sekolah tu...

lalalalalalalala~

smbil2 duk dgr taklimat, ak wat la muke cemas + duk tgk2 jam HP...hrap2 die tau la ak nk kjar mse. nsib bek la tbe2 tn. hj. agus dtg (ni nk mula nasib malang ak). dalm seminit pastu ckgu rita datng kt taklimat n serahkn buku panduan (lalala~). pastu terus ak hntr untk fotokopi then trus cabut ke bengkel kH...

BBM untk pengajaran hritu dh kurang bnyak dh sbb ak lmbt masuk bengkel tu... tp ak ubah la ckit LP ak dengan hrapan msih lgi berkesan RPH ak.

mmg xdpt nk buat ape2 pastu, bdk2 yg ak nk ngaja pgi tu dtg dengan tanpa bwk pepe. sbatang pensel pn xde... mmg nk dajal kn betul bdk2 ni kt ak....

ak teruSkn jugak la rph dalam langkah pengajran yg bercelaru (banyak aktiviti bergantung pd Buku teks). ak tnye budak2, ak lak yg kne jawab balik. tu mule kntoi pengajaran. jdi ak trpakse skip beberapa langkah dengan idea myb x sesuai lgi nk terangkn kt bdk. rupe2nye tu la markah paling bnyak... sbb die nk pengajaran berpusatkn murid...

pengakhirannye... mmg agk teruk kne komen ngn lectrr.. layan je sbb mmg jgn mimpi la dpt markah tinggi klu dkt 2 jam die lecture. tp ape yg die ckp mmg betul jus ak je x suke org mengayat2 pjg2. agak xle nk digest oleh otak. hehhehe...

cuma peringatan pada praktikal akan datang, bnyak sgt2 perkara perlu diambil perhatian klu nk lgi terbek. sbb permulaan tu bnyak efek yang akhir. tp klu dh terlambat mula, cuba sedaya yang boleh n jangan tunggu smpai akhir...

untuk observe yg kedua ngn lectrr, agk x best nk kongsi. xpela. len kali je la...

Tuesday, March 23, 2010

Dakwah

السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Ada 1 KEWAJIBAN muslim yg masa ini ramai sekali dan selalunya dilupakan. Kewajiban ini ialah DAKWAH & MENYAMPAIKAN.

Dan perintah pertama Rasulullah Muhammad SAW ialah: Hal pertama yang kalian kena serukan ialah menyembah 1 ALLAH, tidak ada sekutu baginya.

Banyak sekali ayat Qu'ran yg berbicara soalan ini. Sy bagi contoh sikit sahaja:

Jika mereka tetap berpaling, Maka Sesungguhnya KEWAJIBAN YANG DIBEBANKAN ATASMU hanyalah menyampaikan dengan terang. QS. 16 AN-NAHL: 82

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, Maka ketahuilah bahwa Sesungguhnya KEWAJIBAN Rasul Kami, hanyalah menyampaikan dengan terang. QS.5 Al-Maa’idah:92.

Dan taatlah kepada Allah & taatlah kepada Rasul-Nya,jika kamu berpaling Sesungguhnya KEWAJIBAN Rasul Kami hanya menyampaikan dengan terang. QS.64 TAGHAABUN:12.

..... dan tidak lain KEWAJIBAN Rasul itu melainkan menyampaikan dengan terang". (QS. 24 AN-NUUR: 54)

Dan KEWAJIBAN INI tidak cuma menyampaikan kepada orang muslim sahaja, tapi pada mereka yg belum islam pun kena wajib disampaikan.

Apa yg diwajibkan & diharamkan pada Nabi, tentu ramai diwajibkan & diharamkan pulak pada kita selaku ummatnya.

Dan kewajiban menyampaikan Islam tentu pada orang yg bukan Islam pun termasok pulak. Hal ini pun jelas sangat tertulis dalam Qur'an, kewajiban kita lah mengajak mereka yg bukan islam untok masok ke dalam Islam.

Rasulullah Muhammad SAW, saat mendakwahkan islam awal-awal sekali, dia tak berkata pada kafir mekkah: lakum diinukum waliyadiin!

Tapi Rasulullah Muhammad SAW mengajak para kafir mekkah untok masok ke dalam Islam. Jika islam tidak boleh disebarkan kepada bukan islam, maka Islam tak akan pernah menyebar ke seluroh dunia dan cuma berlaku bagi Ahlu Bait Keluarga Rasulullah Muhammad SAW sahaja.

Jika pedoman Rasulullah Muhammad SAW nomor 1 ialah "Lakum diinukum waliyadiin", maka ISLAM tak akan pernah sampai ke asia, dan kita semua pasti masih kafir entah menyembah apa, atau mungkin menjadi kafir christian kerana penjajah.

Rasulullah Muhammad SAW pun menyampaikan ISLAM & mengajak kerajaan-kerajaan kafir & Kerajaan-kerajaan besar untok masok Islam. Ini membuktikan jika dasar dakwah yg diguna oleh Rasulullah Muhammad SAW bukan laku diinukum waliyadiin, tapi dasar dakwah yg diguna ialah: KEWAJIBAN MENYAMPAIKAN & MAUKAH KAMU MASUK ISLAM?

Kemudian jika mereka mendebat kamu, Maka Katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan orang-orang yang mengikutiku". dan KATAKANLAH kepada orang-orang yang telah diberi Al kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "APAKAH KAMU MASUK ISLAM?". jika mereka masuk Islam, Sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka KEWAJIBAN KAMU hanyalah menyampaikan. dan Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya. QS. 3 ALI IMRAN:20

Dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah! lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. QS. 4 An-nisaa’:171

Jika mereka tetap berpaling, Maka Sesungguhnya KEWAJIBAN YANG DIBEBANKAN ATASMU hanyalah menyampaikan dengan terang. QS. 16 AN-NAHL: 82

Dan jika mereka telah benar-benar berpaling & mengingkari BUKTI NYATA ISLAM TERBUKTI BENAR, maka barulah kita ucapkan: Lakum Diinukum Waliyadiin.... tapi untok pertama kali, kita kena menyampaikan apa itu Islam.
------------------------------------
Lazimnya, kita beragama cuma ikut orang tua sahaja. Kita tak fikir apa agama itu benar atau salah.

Jika kita lahir di timur dari keluarga islam, maka kita islam.
Jika kita lahir di barat dari keluarga christian, maka kita christian.
Jika kita lahir di Himalaya dari keluarga budha, maka kita jadi bhisksu.

19 keyakinan, meski yakin sangat dengan seyakin-yakinnya, maka tetap lah tak bermakna ada 19 Tuhan,tetap Tuhan cm 1 !

1 Tuhan bmakna 1 Agama yg sebenar,macam mana kita boleh tahu sebuah agama benar???

Jadi, dalam soalan ini kita TIDAK BICARA TENTANG KEYAKINAN, tapi kita paparkan BUKTI KEBENARAN.

Jika Islam Benar, apa buktinya?
Jika Christian Benar, apa buktinya?

Untok membuktikan sebuah agama benar, maka tak boleh ditengok dari kesalahan ummatnya, kerana ummat tetaplah manusia yg tak sempurna.

Jika di negeri muslim ramai orang miskin yg beragama islam, maka itu tak bererti islam buruk, kerana di philipin yg miskin sangat agamanya ialah katholik.

Jika di negeri muslim ramai pesalah/penjahat di lokap/penjara yg beragama islam, maka tak bererti islam buruk, kerana di brazil, venezuela, mexico, argentina yg menjadi pesalah/napi di lokap ialah beragama christian atau katholik.

Pembuktian sebuah agama benar pun tak boleh ditengok dari pendapat orang, kerana lain orang lain fikiran, & ada ramai pendapat orang dimuka bumi ini yg satu sama lain berbeza.

Pembuktian sebuah agama benar kena dilihat dari kitabnya, jika memang kitab itu dari Tuhan, maka TAK BOLEH ada kesalahan sesikit apapun.

Mari kita sama buktikan 2 hal sahaja:
1. Bukti nyata Qur'an ialah mukjizat terbesar & sepanjang masa
2. Bukti nyata alkitab christian ramai kesalahan soalan ajaran & ayatnya

Ramai dalam Qur'an disebut Taurot & Injil yg kena kita imani, tapi Taurot & Injil itu sudah tak suci lagi, maknanya, ayat yg betul itu ramai, tapi yg salah pun ramai sangat, jumlahnya menjumpai RIBUAN KESALAHAN.

Dan, ramai pulak ajaran dalam alkitab christian yg tak diketahui, disembunyikan, tak dilaksanakan, diingkari & bahkan diejek pulak oleh ummat christian sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------
Mintalah ampun pada ALLAH, ALLAH Maha Pemaaf, dan hanya ALLAH sahaja yang boleh mengampuni dosa.

Qs.39 Zumar:53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Jika ada orang yg nak masok Islam, maka SEMUA dosa dia yang telah lalu PASTI diampuni ALLAH.

Qs.8 Anfaal:38. Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku sunnah orang-orang dahulu ".

Dan... Siapakah yang ingin masuk Islam?

Qs.2 Baqarah:256. Tidak ada paksaan untuk agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya, masih banyak BUKTI ayat soalan ini, tapi untok BUKTI diatas cukuplah untok orang berfikir. Dan dalam berfikir pun kena guna AKAL, ramai paderi cakap jika iman itu percaya dahulu, tapi Nabi Isa pun menyuruh agar gunakan AKAL dalam menyembah ALLAH.

Markus 12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap AKAL budimu dan dengan segenap kekuatanmu.

Jadi, ada baiknya lelaki dari ummat christian berhenti menyembah Jesus & Roh Kudus, dan tukar menyembah ALLAH sahaja.

Dan berbahagialah kita sebagai muslim kerana kita lah yg mengamalkan menyembah 1 ALLAH, Qur'an telah memurnikan ajaran-ajaran yg telah hilang & tak dilaksanakan oleh ummat terdahulu yang ingkar pada kitabnya sendiri.

Kena di ingat jika bukan kita yg menyerang mereka, tapi mereka lah yg menyerang kita sejak semula pertama dahulu kala melalui mass media & segala cara.

Mereka lah yg menghina Nabi kita sementara kita tak pernah menghina Nabi Isa AS, kerana Nabi Isa AS itu tetaplah salah satu dari Nabi Mulia dari Islam yg WAJIB diimani.

Hak kita untok membela saudara & akidah kita.

Jika ada ummat christiani yg tengok ni, maaf, jangan la marah pd sy, tapi marah lah pada alkitab yg ada ditangan awak sendiri. Sy cakap bukan dari hati, tapi selalunya ada BUKTI NYATA dari kitab daripada christian & Qur'an.

Jika menyembah hanya kepada ALLAH itu salah... mana BUKTInya?

Sekali lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR !!!
Christian terbukti mengingkari alkitab ditangan mereka sendiri... ^_^
-------------------
Tak sempurna iman seorang muslim sehingga ia mencintai muslim lain seperti mencintai diri sendiri. Salah satu bentuk cinta ini ialah Amar Ma'ruf Nahi Munkar.

Dan kemunkaran yg banyak terjadi masa ini ialah ramai orang disekitar kita berkata "Semua agama itu baik", "Semua agama itu benar", "Semua agama sama", "Semua agama masuk surga", "Semua agama dari TUHAN".

Betulkah ISLAM yg mulia ini disamakan dengan agama-agama lain???
Kita kena BUKTIKAN cuma Islam sahaja yg benar.

Sila copy paste & yg paling utama ialah menyebarkan & bagi tahu rakan + saudara lain guna email, picture post, wall post, TAG picture dan semua cara kena diguna untok menyebarkan PEMBUKTIAN ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YG BENAR.

Dakwahkanlah meski cuma 1 ayat shaja, mulakan dari saudara & rakan2 sekitar kita. Biar cuma sikit 1 ayat tapi disampaikan, lagi baik daripada ramai ilmu tapi cuma untok diri sendiri.

ISLAM TAK AKAN BANGKIT SELAMA UMMATNYA SAHAJA MASIH RAGU & MACAM TAK YAKIN DENGAN QUR'AN & ISLAM. MARI KITA SAMA BUKTIKAN ISLAM SEBAGAI ---> S A T U - S A T U N Y A AGAMA SEBENAR.

Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info