Tuesday, July 22, 2014

MEMULIHKAN SEMULA BOOKMARK GOOGLE CHROME YANG TIDAK SENGAJA DIBUANG.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Berpuasa...
maaf dah lama tiada perkongsian di sini....

Masalah hari ini:
Semasa di sekolah, saya telah membuang banyak bookmark pada Google Chrome di komputer sekolah saya. Apabila tiba di rumah, saya mendapati bookmark saya di Google Chrome di rumah saya turut hilang.

Masalah tu...

Saya telah membuat beberapa pencarian cara penyelesaian masalah ini. dan saya telah temuinya di URL ini - Tech-knowlogy.blogspot.com.

di sini saya ingin berkongsi caranya dengan cara saya.

1. Tutup sambungan internet (LAN/Wireless) anda.
2. Sign-out juga Google Chrome. Tekan ikon Settings (Ikon atas kanan sekali), kemudian “sign-in as…..”. Tab Settings akan muncul. Tekan butang "Disconnect Your Google Account..".
3. Pergi ke C:\Users\(nama user)\AppData\Local\Google\Chrome\User Data\Default.
4. Cari fail “Bookmarks”. Buangkan fail tersebut.
5. Cari fail “Bookmarks.Bak”. Ubahkan namanya menjadi “Bookmarks” sahaja.
6. Buka Google Chrome. Bookmark lama akan muncul semula.
7. Apabila sign-in semula Google Chrome, bookmark yang baru juga akan muncul.

Harap dapat membantu anda walau sedikit...

Sebarang komen/cadangan boleh tinggalkan di bawah... 

Peace. No War. Save Palastine


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014