Thursday, April 18, 2013

Jenis Fail Penultimate tidak boleh dibuka...

di atas adalah Cetak Skrin masalah saya yang diutarakan dalam forum Evernote.

terjemahan soalan dan jawapan (ayat bahasa melayu nya)

hii...
Saya bermasalah dengan fail .pen saya. Ia tidak dapat dibuka dalam aplikasi Penultimate baru saya.
1. adakah terdapat cara untuk membukanya?
2. jika tiada, bagaimana untuk saya menukar kepada fail "yang boleh dibuka"?
saya telah sisipkan bersama salah satu fail saya dibawah...
terima kasih...


masalah selesai...
kita perlu jalinkan Penultimate dengan Dropbox
1. Muat naik fail.pen ke Dropbox
2. Buka aplikasi Penultimate.
3. pergi ke (nama anda)> Sharing> Dropbox, tekan butang "Import Penultimate Files".
    * pastikan anda Dropbox telah Sign In
4. pilih fail ATAU "Import All"
5. tunggu sehingga selesai import.

alhamdulillah telah terjawap persoalan saya selepas hampir 3 bulan mencarinya....

untuk makluman, bukan semua berkenaan dengan IT dapat saya bantu. tetapi yang pasti, saya boleh sama-sama membantu menyelesaikan masalah. ;-)


No comments:

Post a Comment