Monday, December 14, 2009

GIMP TUTORIAL UPDATE!!!!








TUTORIAL GIMP BARU!!
EFEK OMBAK ABSTRAK

LAWATI:
http://www.wiratunggallegacy.com/tutorial-f5/gimp-tutorial-t1017-20.htm#1126583

Friday, December 11, 2009

Cuti.....(Part 3)

kepada yang wish kesejahteraan aku kat Facebook tu, thanks sebab ambil tahu...

11 dis 2009
agak lambat malas jugak la hirini nak bangun, penat sangat jalan banyak sangat semalam....huhuhu

bangun-bangun terus gi dapur then telan ape yang boleh telan. sambil-sambil tu duk tengok Tazkirah kat TV9. pasal kawin muda. agak menarik jgk kandungan die. layan....

lepas zohor la baru kuar dari umah nak kne gi amik report polis (semalam tak sempat sebab kaunter tu tutup kul 3.30 petang). sebelum nk kuar umah tu, abah ada bagitau la apa yang perlu buat untuk claim insurans tu. agak truja aku tengok abah begitu bersungguh-sungguh nak selesaikan masalah aku ni.

alhamdulillah, walaupun kuar umah dalam kul 3.o0 petang, boleh dapat report tu sebelum kul 3.30 petang. 3.26 petang dah kuar balai polis menuju ke tempat baiki moto kat Sentul.

sampai kt sne, gi 7e dulu beli air. agak jauh kut berjalan. try tengok adik cashier smlm. dah merajuk kut sebab aku tegur die sruh senyum ckit. sori dik...

abah dah sampai kt tempat moto, then die deal skali lagi ngan mekanik tu cmne proseder insurans & ape yang boleh baiki ngan claim RM 1000. abah agak tenang & langsung tak menunjukkan tanda marah kat aku. that's my hero; he know what it suppose to do & suppose to be literally (btul tak ape yang aku tulis ni?).

dalam keta on the way nak balik. die wat la conclusion baru tentang cara aku driving. Maybe aku ni lambat bertindak dalam memandu (semalam die cakap maybe aku tak fokus dalam memandu). tu aku terima sebab aku pegang handle moto dan stering keta ni bukan selalu. balik umah je baru pegang. tu pun balik umah jarang-jarang kut.

malam ni sakit betis aku agak menjadi2 jgk la sebab macam efek kat peha belah kiri aku lak. huhuhu, tgk la esok cmne. klu sengal lagi peha esok, minta abah bawa gi kat umah ustaz kat Taman Bolton, Gombak untuk berurut...

agak pnjang gak aku membebel. meh, aku simpulkan (walaupun ade yg dah simpulkan sebelum ini)

1. Spot The Different. kalau tak ramai yang parking moto kat citu, jangan la gatal-gatal nak letak citu. adela maksud tersiratnye.

2. Berikan keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan. walaupun korang nak mencelah kereta ke sebelah kanan jalan, pastikan bagi laluan dulu kepada kenderaan sebelah kanan untuk lalu dahulu.

3. pastikan ada ilmu dalam motosikal sebelum membawanya. klu tiada, pastikan ada orang terdekat yang boleh dihubungi, dipercayai dan tahu tentang motosikal.

4. tanya asbab mekanik baiki benda yang macam tiada kaitan dengan masalah moto. moto rosak starter tapi die baiki sampai kat piston moto lak. agak disengajakan di situ...

5. Abah adalah seorang yang hebat dan aku patut contohinya.

6. Kawan yang baik adalah kawan yang bila kita bersuka dan berduka, dia akan ada di sisi kita untuk memeriahkan kegembiraan kita dan membantu apabila kesusahan....

rsenya sampai citu je.
harap yang baik, dibuat ikhtibar dan yang bruk dalam cerita aku dijadikan sempadan.

aku bukan seorang yang banyak pengalaman, tapi aku suka berkongsi pengalaman.

terima kasih...

Cuti.....(Part 2)

untuk post yang sebelum ni. adik-adik aku tu Farisha ngan Arfa. Junior sekolah menengah dulu...

10 Dis 2009
harini wat kali pertama aku gi bayar saman, kali pertama aku gi sana dua kali dalam sehari dan gi dua balai polis dalam sehari...

kronologinya lebih kurang camni la.. nak tau lebih lanjut tu kena tanya aku sendiri la. agak panjang gak nak tulis kat cini...

dalam kul 10 pagi dah kuar umah ngan moto atas alasan nak gi jumpe kawan kat KLcc. alang-alang dh lalu jalan nak gi ke pudu, gi la bayar bayar saman... alhamdulillah kena banyar RM30 je (akk kat kaunter banyaran tu pkai pemerah pipi tebal sangat kut dh sampai macam badut lak)...

dengan hati yg lega, gi la plak KLCC... tp bukan jumpe kawan sebenarnye. nk gi tukat Plan Hotlink. sebelum ni try gune handphone tapi tak jadi jgk. yang bengan kt sne, alih-alih die gune handphone jugak untuk tukar plan tu... agak bodoh jugak la terasa tunggu setengah jam alih-alih aplikasinya boleh wat kat umah je... cis ganda 10...

sebelum nak balik tu baru la cdg nak jumpe kawan kt Dunki Donat, KLCC. alih-alih jumpe die kat lift. tak tegur la sebab ade laki skali ngan die. Balak die kut (mmg die suruh panggil balak. minta bgtau name, taknak). bukan takut nak tegur, tapi takut kecian lak kat Ila (kawan yg keja kt DD tu la). nnt die kena banyak soal ngan balak die...

sbelum nk kuar dari KLcc, ak benti la moto kat nak gi bnyar prking. ble nak strt balik tu, die taknak hidup terus....

dekat stengah jam jugak aku duk meminda moto tu nak kasi gerak(seperti yang aku post dalam Facebook - "jalan-jalan cari pasal"). tu baru pasal yang pertama. alhamdulillah hidup jgk motonye.

ble smpai kt Jalan Raja Uda, jumpa la pasal lagi... aku msuk celah keta then ade moto yang langgar aku...

bile aku wat report polis (kat Balai Polis Trafik Bandaraya; tempat yang sme aku gi bayar saman tadi), ternyata aku yang bersalah (tp xpuas hati gak sbb die bawak laju celah2 keta, aku je yang kena saman). tapi aku nak argeu banyak-banyak pun bukan aku tau sangat pasal undang jalanraya. setakat yang simple tau la. tapi kena argeu jugak menunjukkan kita tau jugak pasal jalanraya (prinsip ciliboh : bercakap kerana kita tahu).

jalan terakhir, aku brtanggungjawab untuk bayar kerosakan moto die (nsib baik polis tu kasi pilihan samada die nak saman aku atau aku banyar je ganti rugi die. Terima kasih Sarjan Wahi). nsib bek yang india tu tak tipu punyer orang. die just baiki cover moto die je. kne RM 168 je (mahal ke murah?)...

pasal yang ketiga lak, bile aku gi anta moto aku untuk check moto knapa tak hidup, kdai tu gi wat Overhaul lak moto aku. bile sruh kira berapa semua skali klu nak baiki, die nak paling kurang RM 438 (sebab enjin semua die dah buka). dalam hati aku, "dapat la ko pasal harini".... rse menyesal giler kut...

nsib bek hero aku smpai. tapi sebelum tu aku kena bebel jugak sebab pkai biar je mekanik moto tu baiki. abah aku minta tukar balik barang asal sebab bende masalahnye hanya bateri & wiring stater je... dkat 10 minit jugak abah aku duk bincang ngan mekanik tu, alih-alih abah stuju untuk baiki semua kerosakan moto (claim insurans). dalam keta mse nak balik umah, abah bebel jgak (tp die bebel psal len kali amik peringatan je... then senyap. tu yang best klu abah bebel. kjap tp pedas) [moral of the story : len kali gi kursus baiki moto. bru x kena tipu]

lepas balik umah tu baru aku perasan betis aku luka dan melecet. nasib bek ckit je. tapi agak sengal kaki jugak bile nak tido tu...

Cuti.....(Part 1)

bismillah...

akhirnya terpakse juga aku coretkan sedikit cerita berkenaan cutiku dalam blog ini untuk pengajaran bersama. bukan semua tak bagus, tapi yang mane boleh diambil pengajaran, ambillah...
yang penting kita kena tahu untuk berubah kepada yang lebih baik dengan cara yang betul...

9 Dis 2009
buat kali pertama selepas lebih kurang 9 tahun, selepas sekolah rendah, akhirnye aku berjumpe juga dengan kawan baik ku di Times Squre, KL... rase macam dunia dah mengundur seketika sebab jumpe kawan mase kecik2 dlu...

sebelum nak jumpe kali ni, banyak juga kali ak ajk die kuar. mule2 agak payah gak la nk ajk die sebab kontek melalui Friendster je... tengok2 lepas gathering kali pertama yang dibuat oleh mazni untuk batch kami, bru la dapat nombor telefon die...

ops, lupe lak nk kenalkan name kawan aku. nama die Faliq Alif. yang jadi aku ingat sangat die sebab aku pernah gi lawat die kat umah die dekat dengan Empangan Batu, Gombak. Mase tu die patah kaki. sebabkan aku selalu gi jalan2 kat taman mainan Empangan Batu, aku pergi la lawat die. dulu nek basikal hampir 5 kilometer pun tak kesah asal dapat jumpe ngan kawan. yang aku tak boleh bla, tengah sakit patah kaki ni pun sanggup gi men basikal ngan aku sebab aku datang umah die tu... hehehe...

tp lepas skolah rendah tu, memang aku langsung takde kontek dengan kawan2. handphone dulu cikai-cikai mahu RM 1000 jugak. nak pakai tepon rumah takut-takut jugak. aku pun kne skolah kat kelate setahun then baru dapat tukar ke kL... tapi sebab duk kat asrama, aku pun jarang jumpe ngan kawan sekolah...klu jumpe pun kadang tak tegur sebab ingat name...
huhuhu, perangai-perangai...

smbung balik kat Times..

aku bgtau la nak jumpe kat 7e kt Times. die pun pegi la sane. yang pelik nye, puas ak tawaf 7e tak jumpe-jumpe jgk die... rupe2nye ade due 7e kat Times ni... alih-alih mintak jumpe kat hall die je (ade pokok krismas besar & menarik kut)... tu puas ak mencari die, rupenye depan aku je... adeh, sah aku memang dah lupe kawan...
huhuhu..

kiteorang berbual la di kedai donat level ground, cite-cite pasal mase kat sekolah rendah dlu smpai dapat jumpe kat Forum Wira Tunggal Legacy... agak menarik la cite hidup die berbanding ngan aku...

alang-alang lambat lagi adik-adik angkat aku nak sampai, aku ngan faliq gi la tengok cite "Ninja". agak menarik la cite die... just darah banyak sangat la... jadi tak ngeri la plak...

tp sebenarnye part yang lebih menarik bile kteorang berempat (adik-adik dh sampai + siap membebel sebab tak ajak dieorang gi tengak wayang sekali) gi la masuk Kosmo World. dah 2 tahun jugak la tak masuk tempat tu lepas pegi dengan group RBT IPTI.

agak bahagia jgk la sebab selepas sekian lame tak jumpe, then jumpe sambil berseronok, memang jadi dueronok la...

sebelum nak balik tu, dapat la hadiah besday aku yang pertama. dieorg kasi keychain roti. simple but nice. agak menarik la sbb dri haritu lagi aku duk tengok mende ni kat City Squre, JB. tak sangka lak dieorg kasi kt aku... bgus2..

dh sampai moto nak balik umah, baru aku perasan ade kertas saman kat moto aku. menjawab la teka-teki aku kenapa orang cikit parking moto kat citu. takpe la pengalaman. balik tu lepas solat isyak, doa-doa tak kena saman mahal-mahal. ameen....
huhuhu...

sambung part 2

Monday, December 7, 2009

Perasan Tak?

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.




diambil dari Uchica Shizuka - Tagged
http://www.tagged.com/messages.html?ft=5&msgId=5418145589-262145#h=5_0_5416043174-262150