Friday, April 10, 2009

meh, nak kongsi.... aduan web

From: "zairy firdaus" <zairy_cilib0h@yahoo.com>
To: aduan@jawi.gov.my
Sent: Thursday, April 2, 2009 6:52:48 AM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: aduan tentang web

assalamualaikum....
saya zairy firdaus, pelajar IPGM kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru...

saya ingin meminta pihak tuan agar dapat mengesahkan kebenaran web ini
the all faith - http://www.theallfaith.com/index1.html

(ada dikepilkan sekali gambar web tersebut)

web ini mengatakan di bulan telah muncul muka-muka tuhan semua agama. mereka telah membandingkn muka seseorang dengan imam mahdi kerana mereka telah membandingkan muka yg muncul di bulan dengan muka imam mahdi...

harap pihak tuan dapat memperjelaskn isu ini supaya sama2 kita boleh memperingati umat islam lain agar tidak tersesat dengan dakyah yg tidak betul....

terima kasih...

_________________________________________________________________

Thursday, April 2, 2009 8:57 AM
From:
To: zairy_cilib0h@yahoo.com
Cc: "saimah"

Salam,

Terima kasih di atas aduan yang diajukan. Aduan anda sedang dalam tindakan pihak kami.


Web Master
Bahagian Penyelidikan
JAWI, KL

__________________________________________________________________

From: "Khairulljannah Binti Abdullah" <khairuljannah@jawi.gov.my>
To: "zairy" <_ciliboh@yahoo.com>
Cc: Penyelidikan@jawi.gov.my, "Zaini Naura Aza Binti Md Zain" <naura@jawi.gov.my>, "Kyadizah Binti Abd Hamid" <kyadizah@jawi.gov.my>, "saimah" <saimah@jawi.gov.my>
Sent: Friday, April 10, 2009 10:36:25 AM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Maklumbalas ajaran sesat di web www.theallfaith.com


Assalamualaikum wrt. wbt.

Adalah saya dengan segala hormatnya di arah merujuk kepada perkara di atas dan email tuan yang diterima oleh bahagian ini pada 2 April 2009.

Bahagian Penyelidikan JAWI mengucapkan berbanyak terima kasih atas aduan yang dikemukakan oleh tuan.

Untuk makluman tuan, Unit Kajian, Bahagian Penyelidikan JAWI telahpun melihat dan membuat kajian terhadap laman web yang dinyatakan. Unit Kajian mendapati ajaran yang dikemukakan dalam web ini adalah ajaran sesat di mana didapati ciri-ciri ajaran sesat berikut jelas ada dalam web ini iaitu :

 Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang menda’ayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, imam al-Mahadi al-Muntadzar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat Islam.

 Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seprti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tiada pada orang lain

 Mengadakan bida’ah dan pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat’i dan tidak boleh di pertikaikan

Tuan boleh mendapatkan maklumat jelas tentang ciri-ciri ajaran sesat ini dalam Buku terbitan JAKIM yang bertajuk : Penjelasan Terhadap 58 ciri Ajaran Sesat di Malaysia.

Bahagian Penyelidikan JAWI akan mengambil tindakan lanjut berhubung laman web ini. Bagaimanapun JAWI mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan atas kerjasama memantau serta menapis kes-kes ajaran sesat di web / internet. JAWI juga sangat mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan untuk dikaji/disiasat.


Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Saya yang menurut perintah:


KhairulJannah binti Abdullah
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Penyelidikan
b/p
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

3 comments:

  1. wah tahniah atas perhatian bro...leh saya nak sebarkan kat blog saya ?? kalo boleh , tolong inform kat blog saya..kat shoutbox.tq..

    semoga diberkati allah

    ReplyDelete
  2. takbir!!!andalah seorg muslim yg islam inginkan..teruskan berjihad&berdakwah!ayuhh!moga daulah islamiyyah tertegak..

    ReplyDelete
  3. trima kasih...

    boleh sahaja..
    ini mungkin dapat mmbantu kawan2 kita yg ingin membuat aduan seperti sy...

    sme2 kita berkongsi kemahiran...

    ReplyDelete