Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun

Lagu: Azlan Abu Hassan (Warner Chappell Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lirik: Hafiz Hamidun (Arteffects Sdn. Bhd.
Mastering: Leon Zervos, Studios 301, Sydney, Australia.
Edaran: Arteffects International & Warner Music Malaysia


Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Jodoh berdua begitulah takdir

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
ciliboh: Semoga jodoh kita hingga ke syurga...

Sunday, August 25, 2013

Awak Yang Saya Ada...

Awak yang saya ada...

Walau hanya seminggu lebih saja kita berkenalan lebih rapat, tapi bagai lama telah berkenalan...
Awak percaya saya, saya percaya awak..

Walaupun awak suka mnguji saya, saya rela sebab awak patut mengenali saya...
Saya yang bukan suci seperti awak,
Saya yang bukan hebat seperti awak,

Semoga saya mampu jadi yang terbaik bagi awak... walaupun saya bukan seperti yang awak impikan

Semoga Allah, Rasul dan Ibu bapa sentiasa membimbingku untuk membimbingmu... hingga ke syurga. 

Semoga awak yang terbaik untuk saya dari Mu.

Saturday, July 13, 2013

Maaf...

Maaf, aku tak mahu engkau bergantung harapan padaku...
mengharapkan sesuatu yang lain...
sebab kau mungkin akan sangat kecewa...

TAPI....
jangan kau mengugutku...
kerana kau buat aku lagi terseksa,
membuat aku membenci mu...

aku tak mahu lebih terlanjur...
kerana takut kau yang kecewa...
maka aku yang dipersalahkan kau...

biarlah ia begini... sebagai kawan...

maaf sebab menyentuh hatimu....


Saturday, May 4, 2013

terima kasih awk-awk...



terima kasih awk-awk kerana menjaga hati saya...

tp dalam hati sy msih trasa bersalah sbb langsung tak mampu menjaga hati awk-awk...


semoga awk-awk dpt yg lebih baik dari saya..
trima kasih sbb hadir dalam hidup saya..

harap jgn serik bersahabat dengan saya. Saya masih belajar utk memahami dan menghargai orang lain..
bantulah sy sbb sy sntiasa lemah.

trima kasih awk-awk.

Sunday, April 7, 2013

Alhamdulillah....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

harap masih belum trlembat untuk berkongsi pencapaian...

Alhamdulillah telah berjaya berjumpa dengannya...

dari segi rupanya, adalah seperti yang dijangka. tapi mungki lebih comel sedikit bile dpt tengok dekat2 :)

dari segi komunikasi, myb ak agk trcabar sbb die lebih petah... tapi ak agak suke jgk.

dari dua segi saja yang dapat dinilai dan mungkin dh cukup kut. untuk penilaian seterusnya mungkin tunggu penerimaan dia pula.

semoga cadangan / pilihan ibu bapaku adalah pilihan Allah juga.

amin...

Sunday, March 31, 2013

Adakah...

Bismillah...

umh, agak dilemma dan sangat menguji diri.

adakah aku sedang dipertimbangkan?
atau adakah aku sedang meroyan sendiri?

penuh persoalan...

tapi jawapannya hanya dapat didapatkan dalam pesanan ringkas sahaja..
tak tahu adakah itu jawapan atau sekadar kata kosong.

pertemuan masih belum nampak masanya..
perbualan takut hanya omong kosong sahaja.

Ya, Allah...
Jika dia jodohku, kuatkanlah hati dan imanku untuk menghadapi ujian untuk mendapatkannya...
jika bukan jodohku, redakanlah aku untuk melepaskannya dan berikanlah yang selayaknya untukku...
semoga aku dan dia sentiasa dalam keberkatan-Mu.

Amin~

Sunday, February 17, 2013

Maaf



MAAF bukan niat aku berbuat bagitu...
MAAF bukan aku tak sudi dengan kamu semua...
MAAF bukan kamu yang salah

MAAF mungkin aku perlukan masa
MAAF mungkin aku bukan hanya ingin berkawan
MAAF mungkin aku tak layak untuk kamu
MAAF mungkin aku mengganggu hidupmu...

maaf~

Wednesday, October 12, 2011

Alhamdulillah dan terima kasih untuk segalanya....

setelah seminggu berlalu, alhamdulillah, hubungan kami masih baik. ak sukakan keadaan ini. biarlah keadaan ini berterusan smpai ke umur itu. dan setelah itu, ak akan cuba memilikinya dan hrap dia boleh menerima ak.


2 oktober 2011

atas nasihat cikgu za, kak shafiza n adk2, ak cuba beranikan diri mmberitahunya. tersangat kekok rsenya masa menyebutnya. xleh nk pndng langsung kut kat dia. myb belum sampai waktunye. or mmg xptut ak bgtau dia dalam keadaan mse tu. myb sbb ak sbnrnye yg cakap macam acuh xacuh.

"tibai je la"... sbb itulah diri aku.... yg perlu selalu diperbaiki dan ditambahbaik lgi.

Thursday, June 23, 2011

Pasangan Hidup....

Bismillahhirrahmanirrahim...

bile tgk kawan2 dh ramai yg kawen, trpikir gak ak untuk ikut sme... mungkin ade kut ckit2 gatal nk brmesra lebih dengan gurl. kisah ape klu dh kawen. tp dgn isteri sndiri je la nk brmesranye...

klu reflek balik ape yg ak pkirkn, ak nk kawen sbb nafsu je kut. mmg la sbb agama jgk sbb nk elak maksiat. tp bile nafsu dlu sebelum agama, mungkin pyah gak nk berkat ikatan tu nnt.

ni ade beberapa rujukan yg ak trjumpe mengenai perkahwinan....mungkin sme2 boleh wat rujukan...
1. 10 Tanda wajib kawin
2. Janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin
3. Bernikah di usia muda
4. 10 Soalan Sebelum bertunang
5. Tanda Perempuan Yang Baik Maruahnya
6. Cinta....Sebelum Nikah
7. SUAMI, Inilah Tanggungjawabmu...
8. Panduan memilih jodoh

bnyak lgi sbnrnye yg ade terbaca, tp agk kurang dipercayai sbb kbnyakkannye pendapat logik sahaja.

Sunday, May 8, 2011

Hari Mama saya....


SELAMAT HARI IBU DITUJUKAN KEPADA MAMA YANG MELAHIRKAN SY, USTAZAH ZAITON MAT DERIS, IBU-IBU ANGKAT SY DAN WANITA BERGELAR IBU....
... perlukah bende ni diucap pada hrini sahaja?

harap jangan la begitu... (peringtan utntuk diri sendiri jugak)....

tp alang2 diadakan hari yg khas ni, kita sambut la dengan penuh ingatan dengan anggapan seperti hari lahir bagi ibu anda.
pernah bace post ni x? CUBE BACA.....
pastu cube bace yg  ni lak...

Friday, April 22, 2011

Tukar Templet Lagi....

alhamdulillah, jumpe jgk templet yang mnarik utk digunakan...
agak hampeh jgk la layout sebelum ni... tp ak suke gmbar belakang die...

alang2 terjumpe web ni... ak sebat je la...
walaupun nmpak mcm gurly, tp xtulis pun kt ctu "hanya gurl sahaja" yang boleh pakai...

Monday, April 18, 2011

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Alhamdulillah ada jugak khabar gembira hari ini...
walaupun khabarnye rumit, tp bagi aku, itulah 'bayarannya' yang ak perlu hadapi...

agak berdebar juga menunggu butir perbualan mama dengan ibunya. tetapi selepas sebulan menunggu, aku cuba beranikan diri bertanya kepada mama apa yang perlu ku tahu akan dirinya dari ibunya.

alhamdulillah, respon ibunya baik, menerima sesiapa sahaja yang mahu. cuma beberapa syarat yang telah anaknya tetapkan kepada lelaki yang ingin memilikinya. semua syarat tersebut terkandung dalam buku tersebut.... "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.


Saturday, February 5, 2011

Green Light....

alhamdulillah, dpt juga "green light" dari Abah ngn Mama.... tinggal ak lak untuk bergerak ke peringkat seterusnya... bertanya status

harap pilihanku bkn semata-mata nafsu...

harap pilihanku adalah jodohku...

semoga Allah membimbingku... amin..


belakang tabir:
semalam ak gi knduri kak spupu ak kawen. mse balik dari kenduri tu, kawan bek aku, irfan msej ajk g knduri kawen sazmi (kawan sekelas ak dlu mse skola menengah). aku cerita la kt mama ngn abah sbb dieorang knal sazmi.

mama duk cte la psal cmne knduri die dlu. hantaran kawen dieorg biase je. Mok kte nak dapat brkat rumahtangga yang dibina. pastu mama siap kuarkan statistik psal harga hantaran ikut jenis girl...mama trus sruh ak pK btul2 nk pilih girl yang mcm mne..

tibe2 terkait lak cte aku ni...

agak seram jgk la dgr harga tu... trus ak kte nk cari bdk mktb je senang.

"bdk maktb pn bdk IPT jgk. mahal jgk tu..."


mama sruh la cari yang alim2, yang 'juruh2'. mudah ckit nk kawen. xde nk trikut sgt adat yg agk membazir tu.

untuk sedapkan hati, ak cakap la nk cari yg bdk surau....ade ciri2 yang mama nak... alih2 trus mama nk offer bdk surau kampus die....

agak terkedu aku....

"huhuhu...xpela. nk cari bdk mktb fit je la..."

"dah ade calon la tu? lgu tu la. carila yg juruh2. pastu nnt trus nikah. xyah tunang2. kenduri tu nnt dh ckup duit, buat la..."

ayo...


sumber dari: www.zawaj.com

Tuesday, August 17, 2010

all download limits exceeded from your IP

penah dapat tak mesej tu....
klu penah dpt, cmne ye korang seslesaikan?

ni nk kongsi ilmu penyelesaian yang ak dapati dalm internet....

http://lh5.ggpht.com/_PFQlyT0UnUQ/TGEeTYii4KI/AAAAAAAAAOg/gJ_v39n_MLc/all_download_limits_exceeded_from_your_ip.png
ni adalah sumber asal rujukan ak...

tp ak nk tunjukkan dalam bahasa ibunda saya, bahasa melayu pula....


PERINGATAN / PEMBERITAHUAN: tutorial ini hanya untuk mendapatkan fail dalam bentuk PDF sahaja... klu yang lain tu masih x dpt bantu... trima kasih...


BAIKLAH. selepas anda mendapati anda mendapat mesej berkenaan, ini langkah2 yang anda kne buat....

1. pergi ke http://www.scribd.com/mobile dan TULISKAN CARIAN ANDA dalam kotak yang disediakan... dan SEARCH...

2. PILIH FAIL yang anda mahu & TEKAN BUTANG "DOWNLOAD NOW" untuk memuat turun...

3. nnt ada kotak dialog akn keluar bertanya untuk save, PILIH "OPEN WITH"... then OK...


INSYAALLAH ANDA AKAN MENDAPAT FAIL YANG ANDA KEHENDAKI.....


moral of the story: setiap masalah ade penyelesaian. berfikirlah untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik....

insyaallah semoga ilmu ini berguna untuk anda...

Friday, May 7, 2010

PENDAPAT: Kamal Ataturk 'Bebaskan' Wanita Turki

Utusan Malaysia Online - Rencana - Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki

untuk rujukan, boleh lihat di link tersebut...

PENDAPAT:
bagus mereka meletakkan fakta berkenaan dengan keburukan kamal Atartuk, tapi MINTA TOLONGLAH SELITKAN APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARI RENCANA TERSEBUT!!!!....

pembaca akhbar sekarang bukan sahaja dari golongan remaja hingga ke golongan emas, tapi ada golongan muda juga. mereka masih belum lagi dapat menilai sepenuhnya baik dan buruknya. mereka lebih kepada mengikut trend. dan trend sekarang banyak mengikut pandangan Kamal Ataturk itu. ini akan menyebabkan mereka lagi mengiyakan fakta yang diterbitkan.

bagi golongan remaja sekarang pun belum tentu mereka dapat mengerti apa yang ingin disampaikan oleh penulis. bagi mereka apa yang mereka merasakan sama dengan apa mereka amalkan, adalah fakta yang benar. tanpa bimbingan dari penulis, bermacam-macam pahaman yang boleh timbul sebab tiada penjelasan yang terperinci mengenai apa yang ingin disampaikan.

lagi satu, KETUA EDITOR UTUSAN NI X PEKA KE PASAL ISU INI? ini bukan isu main-main. lagi-lagi dengan artikel yang seakan-akan cuba menyanjungi perubahan yang dilakukan oleh pengkhianat agama ini. semua berkaitan dengan testimoni keberjayaan Kamal Ataturk dalam ideologi tentang Islam Liberal dan kebaikan Islam Liberal. walaupun ketua editor bukan dari pengajian agama, harap dapatlah sekali sekala berdamping dengan orang agama lagi-lagi bila berkaitan dengan isu agama. semoga Allah memberikan hidayah dan taufiq kepada anda sebelum anda tersesat jauh....

saya bukan seorang pakar agama, tetapi saya tahu apa kehendak agama saya.

mungkin ini adalah kelemahan ketua editor, tetapi kekuatan pada saya. jadi kita sama-sama mengambil ingatan supaya agama kita, Islam sentiasa maju kehadapan dengan pegangan yang teguh.

kalau ini bukan niat anda sebenar, harap dapat perbaiki balik penulisan ini supaya ia tidak akan menyesatkn pengganut agama islam lain ke arah pemikiran Kamal Ataturk...

terima kasih atas perkongsian fakta...

Thursday, March 25, 2010

TERBAIKNYE....

bismillah...

huhuhu, agk mengantuk hrini. mne taknye sdar2 bangun kul 1 pagi trus celik smpai skg. bukan pe, just sbb tbe2 terasa cuak nk kne observe pengjaran kH....

seperti yang insting ak tunjukkan, mmg trkena ak hrini...

pagi ni alhamdulillah smpai sekolah awl juga la... kul 7.00 pagi (secara kasarnye). perancangan nye lebih kurang cmni la pagi tu...

7.00 pgi check in sekolah, pastu mintak restu dari cikgu Suzni (mnetau ade tips2 yg brgune utk mengajar) sambil luluskn jadual waktu sambil nk jumpa cikgu Rita dptkn buku panduan mengajar KH. pastu nk gi fotokopi lembaran kerja smbil hantar jadual kt GPK then boleh la nak gi buat BBM kt bengkel (pengkalan baru kteorang).dh smpai bengkel boleh sediakan komponen2 yg nk guna time ngaja. bile Tn. Hj. Agus smpai, semua dh ready n steady....

tp biasela, kita hanya merancang... Allah lah sahaja yang Maha menentukan...

7.00 pgi check in sekola, ckgu GPK 1 dh minta jdual. gi la jumpe ckgu Suzni utk aprovekn jadual then trus nk gi jempe GPK 1 (xdpt nk mintak restu). ckgu Rita lak xde dalam bilik guru lgi, pastu Ckgu Maslinda nk check buku rPH (nk tgk cmne LP ak ok ke x.. nsib bek ok je)... nsib bek nk gi amik buku tu, jumpe ngn ckgu Rita... tp malang gak sbb die x amik lgi buku panduan tu (lalala~). tp die sruh tunggu la kejap die nk sruh ak g amik sndiri. tp ak trus cbut sbb GPK lak nak wat taklimat psal kurikulum kt sekolah tu...

lalalalalalalala~

smbil2 duk dgr taklimat, ak wat la muke cemas + duk tgk2 jam HP...hrap2 die tau la ak nk kjar mse. nsib bek la tbe2 tn. hj. agus dtg (ni nk mula nasib malang ak). dalm seminit pastu ckgu rita datng kt taklimat n serahkn buku panduan (lalala~). pastu terus ak hntr untk fotokopi then trus cabut ke bengkel kH...

BBM untk pengajaran hritu dh kurang bnyak dh sbb ak lmbt masuk bengkel tu... tp ak ubah la ckit LP ak dengan hrapan msih lgi berkesan RPH ak.

mmg xdpt nk buat ape2 pastu, bdk2 yg ak nk ngaja pgi tu dtg dengan tanpa bwk pepe. sbatang pensel pn xde... mmg nk dajal kn betul bdk2 ni kt ak....

ak teruSkn jugak la rph dalam langkah pengajran yg bercelaru (banyak aktiviti bergantung pd Buku teks). ak tnye budak2, ak lak yg kne jawab balik. tu mule kntoi pengajaran. jdi ak trpakse skip beberapa langkah dengan idea myb x sesuai lgi nk terangkn kt bdk. rupe2nye tu la markah paling bnyak... sbb die nk pengajaran berpusatkn murid...

pengakhirannye... mmg agk teruk kne komen ngn lectrr.. layan je sbb mmg jgn mimpi la dpt markah tinggi klu dkt 2 jam die lecture. tp ape yg die ckp mmg betul jus ak je x suke org mengayat2 pjg2. agak xle nk digest oleh otak. hehhehe...

cuma peringatan pada praktikal akan datang, bnyak sgt2 perkara perlu diambil perhatian klu nk lgi terbek. sbb permulaan tu bnyak efek yang akhir. tp klu dh terlambat mula, cuba sedaya yang boleh n jangan tunggu smpai akhir...

untuk observe yg kedua ngn lectrr, agk x best nk kongsi. xpela. len kali je la...

Wednesday, March 10, 2010

PRINTER....

salam...
oleh kerana etidakpuasan hati terhadap Bantuan dari pencetak Canon. nak berkongsi ilmu jika anda masalah berkenaan PRINTER CANON MP145/140...

prasan tak yang ade LCD pencetak (abjad/nombor warna hijau)?
ni antara kod error yang saya dapat kenalpasti cara penyelesaiannya...

kod: E5 - catraged x rapat
penyelesaian: semak catraged samada dipasang dengan betul atau tak.

kod: E16 - ade bende tersangkut pada catraged
penyelesaian: semak catraged takut ade bende yg tersangkut kt ia, dan buangkn ia.

kod: E2 - tiada kertas di feeder
penyelesaian: isi kertas pada feeder.

ni kut yg dapat dikenal pasti...
len kali saya akan berkongsi lagi ilmu

Saturday, March 6, 2010

uPdaTE....

Assalamualaikum & salam Perpaduan

akhirnya, berpeluang jgk aku coretkan ilmu saya untuk anda semua..
sbnrnye dh lame dh nak bgtau anda semua berkenaan dengan software2 yang saya dapati sepanjang problem saya. tapi asyik x berkesempatan je...
syukur2...

baiklah, kita ke topik asal...

untuk kali ni saya akan ajar cara untuk membuat sambungan internet dari laptop/PC kawan-kawan yang menggunakan single user broadband.

menarik x?

mende ni telah direkemenkan oleh adik saya, zairy fairuz sebab kami duk berebut nak guna broadband kt kampung (sungai petai, pasir puteh, kelate)...

untuk mendownload boleh tekan link di bawah
http://download.cnet.com/Connectify/3000-18508_4-75024171.html?part=dl-10061477&subj=dl&tag=button

lupe lak nak kenalkan nama sofware ini... software ni namenya Connectify....
ni link web officialnya...http://www.connectify.me/

setelah download, install sahaja. kemudian ikut sahaja arahan program tersebut....
setelah selesai proses, ia boleh digunakan dengan syarat mestilah disambung broadband single user tu di komputer anda.

idea software ini adalah menjadikan komputer kita sebagai router (pemancar) kepada modem. apabila komputer kita dihidupkan dan broadband dipasang, rakan lain boleh memilih nama wireless komputer anda untuk menyambung ke internet...

siapa kata seorang tak boleh dikongsi dengan 10 orang?

kla, selamat mencuba...
insyaallah saya akan cuba selalu mengemaskinikan blog ini skerap mungkin...

aslmkm...

Sunday, January 17, 2010

Berakhir Dunia Manusia...

huhuhu, ni bukan nak cakap pasal akhirat. tapi nak komen pasal komik yang aku baca & ikuti perkembangannya... Wira Tunggal...

setelah sekian lama cite ini dilukis dan dikarang, akhirnya telah tamat episodnya pada 1 jan 2010 lepas...

mungkin ia bkn pengakhiran yang bagus (atau ak sndri pn tak paham), tapi ada persoalan yang ingin di ketengahkan dalam pengakhiran ini (walaupun tgk gambar je...)...

ini sambungan untuk bace episode terakhir Wira Tunggal Final (Warlord Final)....
http://www.89890.com/comic/4372/8788

di akhirnya, semua manusia telah mati tetapi telah dicipta semula makhluk oleh Tenwu... hanya haiwan sahaja tetapi mempunyai kuasa tersendiri. yang bgus dan menarik, setiap haiwan ini seperti watak2 jaguh Wira Tunggal....

ape yg dapat disimpulkan oleh saya... klu keja asyik nak gaduh2, bek jdi haiwan. sesuai sikit ngn nama dan fikirannya. manusia adalah makhluk yang menggunakan akal dan mengikut panduan dalam membuat sesuatu keputusan sebelum bertindak...

same2 kita berfikir....

walaupun ia hanya sebuah komik, masih ada nilai-nilai baek yang ingin diketengahkan...