Monday, April 18, 2011

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Alhamdulillah ada jugak khabar gembira hari ini...
walaupun khabarnye rumit, tp bagi aku, itulah 'bayarannya' yang ak perlu hadapi...

agak berdebar juga menunggu butir perbualan mama dengan ibunya. tetapi selepas sebulan menunggu, aku cuba beranikan diri bertanya kepada mama apa yang perlu ku tahu akan dirinya dari ibunya.

alhamdulillah, respon ibunya baik, menerima sesiapa sahaja yang mahu. cuma beberapa syarat yang telah anaknya tetapkan kepada lelaki yang ingin memilikinya. semua syarat tersebut terkandung dalam buku tersebut.... "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul" karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.




baru aku teringat akan tajuk buku tersebut selepas menjumpai gambar buku tersebut di laman sesawang. buku yang pernah kulihat semasa mencari buku hadiah hari lahir adk2ku... tidak terjangka pula aku akan hubungkait buku tersebut kepadanya hari ini.

oleh kerana itulah syaratnya, tidak salah aku mencuba menghayati buku tersebut.... mungkin bukan hanya kerana dia, tetapi mungkin berguna untuk jodohku nanti, mungkin ia juga perlu kepadaku sebagai seorang muslim.

alhamdulillah, ada yang sanggup membantuku mendapatkan buku tersebut dalam masa terdekat... terima kasih adk sedaraku dan adk angkatku.

sangat berdebar juga untuk mengetahui isi ceritanya yang mengandungi syarat2 yang perlu kupenuhi. tkut aku tidak dapat memenuhi. dari ulasan pembaca buku tersebut, lelaki yang digambarkan adalah lelaki yang sgt perfect agamanya.

tetapi tidak salah aku mncuba yang terbaik dan wat yang terbaik, cume niatku perlu dibetulkan lagi supaya apa yang ku igin capai bukan dia semata-mata, tetapi kerana Allah juga...

langkah pertama, dapatkan buku tersebut dan mentelaahnya.
yang pasti, aku telah mengurangkan lgi akaun web sosialku seperti yang telah ku berjanji sebelum ini dengan diriku akan perkabaran ini.


MUNGKIN AKU BUKAN SEMPURNA BAGINYA, TETAPI JADIKAN DIRIKU PELENGKAP DIRIMU.


DOA MENCARI JODOH - http://dhimaskasep.wordpress.com/2007/08/13/doa-mencari-jodoh/

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...


Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...


Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....


Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment