Showing posts with label akhbar. Show all posts
Showing posts with label akhbar. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Wifi di semua bandar di Kelantan

Ramli Yamat
Thu | Apr 09, 09 | 7:11:38 pm MYT

KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Tiada maklumat menyebabkan anda sentiasa terkebelakang. Dan paling bahaya lagi anda mudah tertipu lebih-lebih lagi menyentuh isu semasa negara.

Tanpa maklumat rakyat tetap dengan status quo lama. Itulah yang berlaku di Batang Ai apabila rakyat tidak mempunyai maklumat kedua bagi membuat pertimbangan politik.

Mengambil kira terjahan maklumat yang semakin pantas, kerajaan Kelantan menyediakan wifi bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan kos rendah.

Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta kini menyediakan perkhidmatan wifi city di bandar Kota Bharu sejak dua bulan lalu.

Kadar bayaran hanya RM29 sebulan iaitu lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa dibekal oleh syarikat telekomunikasi lain.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 38 alat penerima maklumat internet �dipasang di Kota Bharu �bagi memudahkan orang ramai melayarinya internet 24 jam.

Menurutnya dengan adanya kemudahan wifi city ia memberi peluang kepada rakyat mendapar maklumat terkini mengenai isu-isu semasa dengan lebih tepat dan cepat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama anggota Exco di Radio (Suara) MPKB-BRI, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memperluaskannya perkhidmatan wifi ke bandar-bandar lain di Kelantan.

Pelancaran wifi city dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Mac lalu di KB Mall.

"Melaluinya internet orang ramai dapat mengetahui isu politik, melayari pelbagai blog. Kita boleh pilih laman web dan dapat membuat penilaian sendiri," ujarnya.

Mengenai Pengajaran dan Pembelajaraan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, terbukti pelaksanaannya menemui kegagalan.

"Mengapa kita harus promosi bahasa asing dalam mempelajari�Matematik dan Sains sedangkan di Thailand dan Jepun mereka menggunakan bahasa ibunda," katanya. - mj_

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020257&Itemid=96

Wednesday, February 11, 2009

sELinGan kEmeLuT sAndiWaRA dErhAka....

Umno: Dulu menderhaka kini taat setia
Ahmad Tajdid
Tue | Feb 10, 09 | 10:38:44 am MYT

Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.

Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama yang diterajui Dato' Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.

'Perhimpunan haram' yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.

Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.

ImagePemimpin Umno dan BN yang berucap pada 'perhimpunan haram' itu mendesak supaya tindakan diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.

Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk 'menderhakai' titah Sultan Perak.

Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi 'menghalau' Mohammad Nizar dari situ.

Malah Khairy seperti kebiasaan beretorik kononnya pemuda Umno akan menghalang percubaan Nizar dan anggota exconya untuk ke pejabat mereka di Bangunan SUK Perak.

Khairy juga berikrar untuk kononnya mempertahankan institusi beraja hingga 'ketitisan darah yang terakhir'.

Begitulah hebatnya Khairy dan Pemuda Umno beretorik. Seperti merekalah orang yang paling layak mempertahankan Raja-raja Melayu.

ImageCuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap 'menderhaka' kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?

Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan Umno Pusat khususnya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana.

Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri menyifatkan istana sebagai 'natang' (binatang).

Selantang-lantang Karpal Singh tidak sampai ke peringkat menyamakan istana dengan haiwan.

Mengapakah pada waktu itu tiada istilah 'derhaka' terkeluar daripada mulut pemuda Umno, apatah lagi yang menyokong tindakan derhaka itu tidak lain tidak bukan ialah Presiden Umno yang juga bapa mentua Khairy!

Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina Umno. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan Umno untuk berhadapan pihak istana.

Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?

Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh Umno untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.

Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi MARA manakala sebahagian Adun Umno Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.

Jelaslah bahawa Umno sebenarnya 'parti munafik' yang memperalatkan istana. Ketika kedudukan Umno dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh Umno mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.

Jika para pemimpin Umno menganggap hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak sebagai 'menderhaka', apakah gelaran paling layak diberi kepada Umno yang bertanggung jawab menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka? _

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19309&Itemid=50