Terdapat dikalangan pembaca (pelayar) melaporkan tentang masalah Windows komputer tidak "boot" dan "boot" dalam "safe mode" tidak berfungsi. akibat dari itu, data yang disimpan tidak dapat diakses.
antara jalan penyelesaian yang boleh dibuat adalah.....
CARA 1: SANDARKAN (BACKUP) DATA DENGAN OPERASI SISTEM LAIN
Bagi Windows komputer yang mempunyai lebih dari satu sistem operasi dalam komputer yang sama, kamu boleh "boot" operasi sistem satu lagi dan sandarkan (backup) semua data pengguna dari Windos yang rosak.
CARA 2: SANDARKAN FAIL DENGAN "SAFE MODE"
untuk menggunakan pilihan "safe mode", ikut langkah-langkah ini:
- Mulakan semula komputer anda dan tekan kekunci F8 di papan kekunci. bagi komputer yang memiliki "dual booting", tekan F8 semasa paparan itu muncul.
- gunakan kekunci panah untuk memilih "safe mode" di menu "Windows Advanced Options" apabila ia muncul. dan tekan ENTER.
Tips: tambahan;
semasa menyandarkan (backup) data pengguna, kamu boleh memulihkan kembali keadaan komputer kepada sebelum ini (keadaan Windows komputer berfungsi dengan baik). ini boleh dibuat dengan memilih "restore point" yang elok. akan tetapi langkah ini mungkin tidak membantu, jika komputer kamu masih tidak "boot" dengan betul selepas itu.
CARA 3: BAIKI PEMASANGAN WINDOWS
jalan lain yang boleh dibuat adalah dengan menjalankan tetapan (setup) windows dengan cd/dvd "setup".berlainan kali ini apabila windows setup memberi pilihan untuk membaiki windows.
Panduan langkah demi langkah Pembaikian Windows.
- masukkan disk Windows ke dalam pemacu (drive) cd, dan hidupkan komputer.
- tekan mana-mana kekunci apabila muncul mesej "Press any key to boot from CD or DVD …".
- pilih bahasa, masa dan mata wang dan "keyboard method" atau "input method" dan klik NEXT.
- Pilih untuk baiki komputer kamu.
- dalam kotak dialog "System Recovery Options", pilih pemacu "Windows installation" kamu, dan klik NEXT.
- Dalam kotak dialog itu juga, klik "Startup Repair".
PERHATIAN!!!
- kamu hanya boleh membaiki edisi windows 7 yang sama dengan edisi windows 7 pada cd/dvd kamu.
- kamu juga tidak boleh menggunakan jenis "OEM Windows 7 “Factory” Restore/Recovery" yang telah diberikan bersama semasa kamu membeli komputer itu sebelum ini. cd itu hanya berfungsi untuk memasang semula windows dalam komputer.
- kamu juga hanya boleh melakukan pembaikan windows jika kamu admin komputer tersebut.
CARA 4: ADAKAN CD "LIVE BOOT" DAN "BOOT" DENGANNYA UNTUK MENYANDAR DATA PENGGUNA.
jika semua cara yang dinyatakan tidak menjadi, kamu perlu mengadakan cd/dvd "linux bootable" dan "boot" komputer kamu menggunakan cd/dvd tersebut.
tambahan dari penterjemah (ciliboh):cd "linux bootable" ni adalah OS yang boleh digunakan tanpa perlu memasang (install) dalam komputer tersebut. biasa yang digunakan adalah Ubuntu. ia bukan untuk tujuan membaiki, tetapi lebih kepada untuk menyelamatkan fail sahaja
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ciliboh: gunakan komputer anda dengan berhemah. sentiasa adakan sandaran (backup) di simpanan lain / luar komputer jika perkara terlalu penting.
ciliboh 2: semoga dijauhkan masalah ini disaat2 genting. amin~
No comments:
Post a Comment