Monday, January 2, 2012

Qunut : Bila Senyap, Bila Sebut Amin

[center][img]http://muis.ismaweb.net/wp-content/uploads/2010/04/qunut_resize.jpg[/img][/center]

Apabila imam membaca qunut, makmum di belakang sunat mengaminkan doa imam.
Berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca qunut, dan orang di belakang baginda mengaminkannya. Direkod oleh Ahmad (no: 2746), Abu Daud (no: 1445), Ibn Khuzaimah (no: 618) dan lain-lain.
Mengaminkan doa imam hanya pada lafaz-lafaz doa (permintaan) sahaja. Contohnya, "Allahummahdina Fiman Hadait...".Manakala lafaz-lafaz yang berbentuk puji-pujian kepada Allah, tidak perlu diaminkan kerana ia bukan doa.
Boleh senyap sahaja, ataupun sama-sama menyebutnya dengan perlahan. Contohnya, lafaz "Fainnaka Taqdhi Wala Yuqdha Alaik...".



Kata Imam Nawawi, "Sunat bagi makmum bersama-sama imam dalam menyebut puji-pujian, kerana ia tidak sesuai diaminkan". (Al-Majmuk 3/493).Wallahu A'lam.

Sumber: Abu Umair (http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=95&id=151949&Itemid=91)

Aku pun baru tau sebenarnya selepas soalan ni ditimbulkan oleh rakan FB; Eiji Arif Darkheart. btul gak kenapa ada yg kita aminkan masa imam baca dan ada yang kita kena baca sendiri.

harap dapat bantu rakan-rakan. :)



--------------------------------------------------------------------------------------
ciliboh: punca utama tak tau sebenarnya sebab sendiri pun tak tahu makna apa yang dibaca. (- - ")[adeh!]

No comments:

Post a Comment