Monday, January 11, 2010

CARA MUDAH DOWNLOAD VIDEO DARI INTERNET...

di sini saya senaraikan perisian (software) /sambungan (link) yang boleh digunakan untuk muat turun (download) video dari jaringan (web)

Save Video (jaringan)
URL : http://www.savevid.com/
Cara guna :
  1. Dapatkan (grab) URL video yang kita mahu muat turun dari jaringan Youtube dan letakkan (paste) di kotak yang disediakan. tekan butang "download".
  2. nanti akan muncul format yang ingin di muat turun dan simpan (save). pilih "download....
  • FLV untuk muat turun video kualiti rendah.
  • MP4 untuk muat turun video kualiti tinggi.
  • HD untuk muat turun video kualiti tertinggi.
Catatan:
  • ada banyak juga jaringan yang serupa seperti ini. tapi yang ini yang saya rasa yang terbaik.
Orbit Downloader (Perisian)
URL muat turun : http://download.cnet.com/Orbit-Downloader/3000-2071_4-10600926.html
Cara guna :
  1. Pastikan perisian ini sudah di muat turun dan di pasang (install). Pastikan anda memilih arahan yang betul semasa memuat turun dan memasang.
  2. jika anda sedang membuka perisian jaringan (Firefox, Internet Explore, Chrome, etc...), tutup semua sekali.
  3. kemudian cuba buka kembali perisian jaringan.
  4. pergi ke helaian jaringan (web page) yang mengandungi video. gerakkan (sahaja!!... tak perlu tekan) tetikus (mouse) ke muka video. nanti akan keluar kotak (box) logo Orbit Downloader (bulatan anak panah) dengan perkataan "GetIt".
  5. tekan dan kotak dialog (dialog box) "Create New Download" anak muncul.
  6. ubah panduan (directory) yang ditetapkan kepada tempat yang mudah dicari. ubah juga nama "video.flv" kepada nama mahu di kotak "Save as". pastikan masih menggunakan format FLV (xxx.flv).
  7. tekan butang "download". apabila ia siap (finish) dimuat turun, akan muncul notis di skrin komputer anda.
catatan:
  • ia hanya boleh disimpan dalam format kualiti rendah sahaja (FLV).

Internet Download Manager (perisian)
URL: http://www.internetdownloadmanager.com/
Cara guna :
  1. muat turun dan pasang di dalam komputer. pastikan dapat versi perisian yang terkini.
  2. buka perisian jaringan dan pergi ke helaian jaringan yang mengandungi video.
  3. ada ikon "internet download manager" di atas kotak video. tekan di situ.
catatan:
  • cuba dapatkan lesen yang sah untuk menggunakan perisian ini. jika tidak, ia hanya boleh digunakan dalam masa 30 hari sahaja.

Voobys (jaringan)
URL : http://www.voobys.com/
Cara guna :
  1. buka video yang anda kehendaki menggunakan jaringan Youtube.
  2. ubah URL Youtube yang sedia ada, kepada "Voobsy". contohnya "http://www.youtube.com/watch?v=OREKgnHs7Wk" kepada "http://www.voobys.com/watch?v=OREKgnHs7Wk.
  3. tekan butang "download video".
Catatan:
  • ia hanya akan muat turun dalam format flv sahaja. perlu ada penukar (converter) format video.

umh, yang ini kut yang terbaik.


nota pendek:
  • sesuatu ciptaan manusia pasti ada kelemahan. kadang-kadang kelemahan itu sengaja dicipta kerana ada kelebihan. yang pasti, gunakanlah dengan sebaiknya dan sebijaknya...
  • cuba biasakan dengan penggunaan bahasa melayu walau untuk istilah inggeris yang rumit sebab itulah bahasa kita...
  • kalau ada nak tanya, e-mel sahaja pada saya.... (komen tak perasan sangat) zairy_cilib0h[at]yahoo.com

No comments:

Post a Comment