Encik lelaki berbangsa India-Hindu ini begitu marah dan tertekan. Ada unsur provokasi di situ. Dia berkali-kali bertanya kepada guru besar tersebut, apakah ada di dalam dasar pendidikan kementerian bahawa penyembelihan lembu di sekolah dibenarkan, apakah pihak sekolah tidak sensitif dengan bangsa lain, mengapa orang Islam boleh sembelih lembu, tetapi orang Cina tak boleh nak sembelih babi di sekolah, kenapa ada double standard dalam semua kaum di sekolah,dan pelbagai lagi.
Guru besar tersebut kelihatan kaget, dan mungkin terkejut dengan provokasi itu. Baik, di sini, ada beberapa hujah yang boleh disangkal:
1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).
Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.
Malah, tidak ada pun halangan daripada Malaysia untok agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan.
2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya', tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untok menyembelih babi di khalayak ramai?
Islam, memang dianjurkan untok melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. " Surah Al Hajj 22:34)
3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Encik yang menelefon itu mempersoalkan kenapa agama Islam boleh, agama lain tak boleh. Apa yang agama lain tak boleh? Orang Buddha menggunakan jalan raya (yang menganggu trafik, tetapi kita Malaysia kan, toleransi diutamakan) untok membuat upacara Cap Go Meh, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kami tidak merungut kerana kami (Islam) faham bahawa toleransi agama itulah segala-galanya.
Orang Sikh boleh memakai serban mereka di sekolah (orang Islam pun tak boleh tahu tak?) dan kaum-kaum yang ikut agama lain juga dibenarkan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. Nak buat di tempat lain, silakan.
4) Sepatutnya isu ini langsung tidak perlu dibangkitkan. Apa sebenarnya masalah yang hendak dibangkitkan? Encik, kalau encik mengadu di Kementerian pun, apa yang encik harapkan di peringkat itu? Adakah dengan Kementerian tidak membenarkan lagi upacara penyembelihan itu bakal memakmurkan lagi agama Encik? Adakah dengan mengadu di Kementerian, ada upacara agama Encik boleh dibuat di sekolah?
Tidak ada maknanya! Jika encik bercakap tentang KEADILAN, encik tersilap antara KEADILAN dengan KESAMARATAAN. Tidak. Kita mengamalkan toleransi. Kalau kami (Islam) boleh bertoleransi dengan agama anda, anda juga perlu fahami dan bertoleransi dengan agama kami. Kalau encik menyamakan menyembelih lembu itu sama ertinya dengan menyembelih babi (kerana India sensitif dengan lembu, dan Muslim sensitif dengan babi- berlainan pola kesensitifannya), maka ianya langsung tidak masuk akal.
Kami sembelih lembu tidak ada kena mengena langsung untok provok agama Hindu. Bukan itu niat kami. Ini adalah suruhan Tuhan kami, dan kami akur dengan suruhan tersebut. Mungkin di sini ada percanggahan kepercayaan antara Hindu dan Islam dalam isu lembu ini, tetapi kalau encik sentiasa berlapang dada menerima hakikat pandangan kami terhadap lembu,alangkah baiknya. Kita hidup aman harmoni.
Kami tidak menghina agama Encik, tetapi, dengan perbuatan encik mempertikaikan upacara agama kami, samalah seperti kami meletakkan paku di tangga-tangga Batu Caves.
Salam 1 Malaysia.
Mufarwa Farid,
17 Oktober 2013,
Jam 2133.
sumber: Laman Blog Cikgu Tan CL
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ciliboh: Sokong Perpaduan, Jauhi rasis.....