Tuesday, February 22, 2011

Pembetulan Penggunaan Perkataan SALAM.....

sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719&id=1222273047


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

p/s: saya ingin memohon maaf atas kurang penyelidikan post sebelum ini. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah takkan biarkan hambanya sesat di jalan yang benar.....semoga Allah sentiasa bersama kita semua...

Sunday, February 20, 2011

Andai Seorang Lelaki Itu Datang

sumber: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1116-andai-seorang-lelaki-itu-datang.html


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"O lah, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
an
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

p/s: "Ya Allah, sesungguhbnya hambamu ini selalu mendambarkan wanita solehah sebagai teman dunia akhirat. makbulkanlah doa hamba mu ini..."

Friday, February 18, 2011

Solehah

sumber: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/12/ciri-ciri-wanita-solehah/


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.


p/s: sejahat mana pn lelaki, pilihan wanita solehah juga yang selalu dicari....

Tuesday, February 15, 2011

16 Amanat Seorang Kekasih Allah

sumber dari: http://ms.shvoong.com/books/1744561-amanat-seorang-kekasih-allah/

1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa. Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.

2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.

4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.

6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah RasulullahSAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan memberikan syafaat.

7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.

8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.

9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah.Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.

10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.

12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.

13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga. Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf. Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami. Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati suami.

16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.

Tuesday, February 8, 2011

Ingat Mati....

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara
racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

sumber: Mohamad Fitri - http://www.facebook.com/#!/?sk=messages&tid=1563071476881

p/s: Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Saturday, February 5, 2011

Green Light....

alhamdulillah, dpt juga "green light" dari Abah ngn Mama.... tinggal ak lak untuk bergerak ke peringkat seterusnya... bertanya status

harap pilihanku bkn semata-mata nafsu...

harap pilihanku adalah jodohku...

semoga Allah membimbingku... amin..


belakang tabir:
semalam ak gi knduri kak spupu ak kawen. mse balik dari kenduri tu, kawan bek aku, irfan msej ajk g knduri kawen sazmi (kawan sekelas ak dlu mse skola menengah). aku cerita la kt mama ngn abah sbb dieorang knal sazmi.

mama duk cte la psal cmne knduri die dlu. hantaran kawen dieorg biase je. Mok kte nak dapat brkat rumahtangga yang dibina. pastu mama siap kuarkan statistik psal harga hantaran ikut jenis girl...mama trus sruh ak pK btul2 nk pilih girl yang mcm mne..

tibe2 terkait lak cte aku ni...

agak seram jgk la dgr harga tu... trus ak kte nk cari bdk mktb je senang.

"bdk maktb pn bdk IPT jgk. mahal jgk tu..."


mama sruh la cari yang alim2, yang 'juruh2'. mudah ckit nk kawen. xde nk trikut sgt adat yg agk membazir tu.

untuk sedapkan hati, ak cakap la nk cari yg bdk surau....ade ciri2 yang mama nak... alih2 trus mama nk offer bdk surau kampus die....

agak terkedu aku....

"huhuhu...xpela. nk cari bdk mktb fit je la..."

"dah ade calon la tu? lgu tu la. carila yg juruh2. pastu nnt trus nikah. xyah tunang2. kenduri tu nnt dh ckup duit, buat la..."

ayo...


sumber dari: www.zawaj.com