Sunday, January 17, 2010

Berakhir Dunia Manusia...

huhuhu, ni bukan nak cakap pasal akhirat. tapi nak komen pasal komik yang aku baca & ikuti perkembangannya... Wira Tunggal...

setelah sekian lama cite ini dilukis dan dikarang, akhirnya telah tamat episodnya pada 1 jan 2010 lepas...

mungkin ia bkn pengakhiran yang bagus (atau ak sndri pn tak paham), tapi ada persoalan yang ingin di ketengahkan dalam pengakhiran ini (walaupun tgk gambar je...)...

ini sambungan untuk bace episode terakhir Wira Tunggal Final (Warlord Final)....
http://www.89890.com/comic/4372/8788

di akhirnya, semua manusia telah mati tetapi telah dicipta semula makhluk oleh Tenwu... hanya haiwan sahaja tetapi mempunyai kuasa tersendiri. yang bgus dan menarik, setiap haiwan ini seperti watak2 jaguh Wira Tunggal....

ape yg dapat disimpulkan oleh saya... klu keja asyik nak gaduh2, bek jdi haiwan. sesuai sikit ngn nama dan fikirannya. manusia adalah makhluk yang menggunakan akal dan mengikut panduan dalam membuat sesuatu keputusan sebelum bertindak...

same2 kita berfikir....

walaupun ia hanya sebuah komik, masih ada nilai-nilai baek yang ingin diketengahkan...

Tuesday, January 12, 2010

tambahan info...sambungan Save Video.com

jalan pintas dalam menggunakan Save Video sebagai alat muat turun (download) dan penukar format (converter).

cara-caranya:
  1. buka sambungan (link) Save Video.com (www.savevid.com).
  2. bila dah siap muatkan (Done Loading), perhatikan sebelah kanan sekali ada nota yang bertulis "Toolbox".
  3. dalam kotak "Toolbox tu", ada ikon "Save Video". ambil dan letakkan (grab & drop) pada bar alat (toolbar) perisian jaringan (Firefox, Internet Explore, Safari, dsb.)
  4. sekarang, pilih video dalam Youtube yang ingin di muat turun.
  5. kemudian tekan sahaja ikon "Save Video" di bar alat anda. helaian video Youtube tadi akan bertukar kepada helaian SaveVid.com.
  6. tekan sahaja ikon download. selepas dimuatkan (loading), pilihan simpan format akan keluar. pilih jenis format yang anda mahu muat turun.

Monday, January 11, 2010

CARA MUDAH DOWNLOAD VIDEO DARI INTERNET...

di sini saya senaraikan perisian (software) /sambungan (link) yang boleh digunakan untuk muat turun (download) video dari jaringan (web)

Save Video (jaringan)
URL : http://www.savevid.com/
Cara guna :
  1. Dapatkan (grab) URL video yang kita mahu muat turun dari jaringan Youtube dan letakkan (paste) di kotak yang disediakan. tekan butang "download".
  2. nanti akan muncul format yang ingin di muat turun dan simpan (save). pilih "download....
  • FLV untuk muat turun video kualiti rendah.
  • MP4 untuk muat turun video kualiti tinggi.
  • HD untuk muat turun video kualiti tertinggi.
Catatan:
  • ada banyak juga jaringan yang serupa seperti ini. tapi yang ini yang saya rasa yang terbaik.
Orbit Downloader (Perisian)
URL muat turun : http://download.cnet.com/Orbit-Downloader/3000-2071_4-10600926.html
Cara guna :
  1. Pastikan perisian ini sudah di muat turun dan di pasang (install). Pastikan anda memilih arahan yang betul semasa memuat turun dan memasang.
  2. jika anda sedang membuka perisian jaringan (Firefox, Internet Explore, Chrome, etc...), tutup semua sekali.
  3. kemudian cuba buka kembali perisian jaringan.
  4. pergi ke helaian jaringan (web page) yang mengandungi video. gerakkan (sahaja!!... tak perlu tekan) tetikus (mouse) ke muka video. nanti akan keluar kotak (box) logo Orbit Downloader (bulatan anak panah) dengan perkataan "GetIt".
  5. tekan dan kotak dialog (dialog box) "Create New Download" anak muncul.
  6. ubah panduan (directory) yang ditetapkan kepada tempat yang mudah dicari. ubah juga nama "video.flv" kepada nama mahu di kotak "Save as". pastikan masih menggunakan format FLV (xxx.flv).
  7. tekan butang "download". apabila ia siap (finish) dimuat turun, akan muncul notis di skrin komputer anda.
catatan:
  • ia hanya boleh disimpan dalam format kualiti rendah sahaja (FLV).

Internet Download Manager (perisian)
URL: http://www.internetdownloadmanager.com/
Cara guna :
  1. muat turun dan pasang di dalam komputer. pastikan dapat versi perisian yang terkini.
  2. buka perisian jaringan dan pergi ke helaian jaringan yang mengandungi video.
  3. ada ikon "internet download manager" di atas kotak video. tekan di situ.
catatan:
  • cuba dapatkan lesen yang sah untuk menggunakan perisian ini. jika tidak, ia hanya boleh digunakan dalam masa 30 hari sahaja.

Voobys (jaringan)
URL : http://www.voobys.com/
Cara guna :
  1. buka video yang anda kehendaki menggunakan jaringan Youtube.
  2. ubah URL Youtube yang sedia ada, kepada "Voobsy". contohnya "http://www.youtube.com/watch?v=OREKgnHs7Wk" kepada "http://www.voobys.com/watch?v=OREKgnHs7Wk.
  3. tekan butang "download video".
Catatan:
  • ia hanya akan muat turun dalam format flv sahaja. perlu ada penukar (converter) format video.

umh, yang ini kut yang terbaik.


nota pendek:
  • sesuatu ciptaan manusia pasti ada kelemahan. kadang-kadang kelemahan itu sengaja dicipta kerana ada kelebihan. yang pasti, gunakanlah dengan sebaiknya dan sebijaknya...
  • cuba biasakan dengan penggunaan bahasa melayu walau untuk istilah inggeris yang rumit sebab itulah bahasa kita...
  • kalau ada nak tanya, e-mel sahaja pada saya.... (komen tak perasan sangat) zairy_cilib0h[at]yahoo.com