Thursday, April 30, 2009
Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”
Nabi s.a.w menjawab, “Penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim”. - H.R.Hakim
dipetik dari Hidayah Isnin, PISMP Matematik Ambilan Jan 2008
Sunday, April 26, 2009
Asal-usul Sembahyang
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing
Perkara yang Membuat Kita Susah
Monday, April 13, 2009
aduan web 2....
Monday, April 13, 2009 4:06 PM
From:
"Friendster Customer Support"
Add sender to Contacts
To:
zairy_cilib0h@yahoo.com
Recently you requested personal assistance from our on-line support center. Below is a summary of your request and our response.
Thank you for allowing us to be of service to you.
Subject
why my interface always shows i hav new comment? how to fix it?...
Discussion Thread
Response (Sophia Myer) 04/13/2009 01:06 AM
Hello ,
Thank you for contacting Friendster Customer Support.
The issue you were experiencing has now been fixed.
If you need additional assistance, or continue to experience this issue, please let us know.
We hope this information helps and if there is anything else we can assist you with, please let us know.
Regards,
Sophia Myer
Customer Support
komen!!!
asigmnt2x...
padahal dh wat awl tu... awl lagi dari kawan2...
tp apekehae ak pling lewat anta? huhuhu.... muskil2x
bilik bersempah ni, xtau nk kemas cmne. klu kemas kang sepah blik sbb nk siapkn 3 lagi fail...
ade cadangan? untuk masalah due2 ni?
Sunday, April 12, 2009
Wifi di semua bandar di Kelantan
Ramli Yamat Thu | Apr 09, 09 | 7:11:38 pm MYT | |
KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Tiada maklumat menyebabkan anda sentiasa terkebelakang. Dan paling bahaya lagi anda mudah tertipu lebih-lebih lagi menyentuh isu semasa negara. Tanpa maklumat rakyat tetap dengan status quo lama. Itulah yang berlaku di Batang Ai apabila rakyat tidak mempunyai maklumat kedua bagi membuat pertimbangan politik. Mengambil kira terjahan maklumat yang semakin pantas, kerajaan Kelantan menyediakan wifi bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan kos rendah. Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta kini menyediakan perkhidmatan wifi city di bandar Kota Bharu sejak dua bulan lalu. Kadar bayaran hanya RM29 sebulan iaitu lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa dibekal oleh syarikat telekomunikasi lain. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 38 alat penerima maklumat internet �dipasang di Kota Bharu �bagi memudahkan orang ramai melayarinya internet 24 jam. Menurutnya dengan adanya kemudahan wifi city ia memberi peluang kepada rakyat mendapar maklumat terkini mengenai isu-isu semasa dengan lebih tepat dan cepat. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama anggota Exco di Radio (Suara) MPKB-BRI, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memperluaskannya perkhidmatan wifi ke bandar-bandar lain di Kelantan. Pelancaran wifi city dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Mac lalu di KB Mall. "Melaluinya internet orang ramai dapat mengetahui isu politik, melayari pelbagai blog. Kita boleh pilih laman web dan dapat membuat penilaian sendiri," ujarnya. Mengenai Pengajaran dan Pembelajaraan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, terbukti pelaksanaannya menemui kegagalan. "Mengapa kita harus promosi bahasa asing dalam mempelajari�Matematik dan Sains sedangkan di Thailand dan Jepun mereka menggunakan bahasa ibunda," katanya. - mj_ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020257&Itemid=96 |
Friday, April 10, 2009
meh, nak kongsi.... aduan web
To: aduan@jawi.gov.my
Sent: Thursday, April 2, 2009 6:52:48 AM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: aduan tentang web
assalamualaikum....
saya zairy firdaus, pelajar IPGM kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru...
saya ingin meminta pihak tuan agar dapat mengesahkan kebenaran web ini
the all faith - http://www.theallfaith.com/index1.html
(ada dikepilkan sekali gambar web tersebut)
web ini mengatakan di bulan telah muncul muka-muka tuhan semua agama. mereka telah membandingkn muka seseorang dengan imam mahdi kerana mereka telah membandingkan muka yg muncul di bulan dengan muka imam mahdi...
harap pihak tuan dapat memperjelaskn isu ini supaya sama2 kita boleh memperingati umat islam lain agar tidak tersesat dengan dakyah yg tidak betul....
terima kasih...
_________________________________________________________________
Salam,
Terima kasih di atas aduan yang diajukan. Aduan anda sedang dalam tindakan pihak kami.
Web Master
Bahagian Penyelidikan
JAWI, KL
__________________________________________________________________
From: "Khairulljannah Binti Abdullah" <khairuljannah@jawi.gov.my>
To: "zairy" <_ciliboh@yahoo.com>
Cc: Penyelidikan@jawi.gov.my, "Zaini Naura Aza Binti Md Zain" <naura@jawi.gov.my>, "Kyadizah Binti Abd Hamid" <kyadizah@jawi.gov.my>, "saimah" <saimah@jawi.gov.my>
Sent: Friday, April 10, 2009 10:36:25 AM GMT +08:00 Beijing / Chongqing / Hong Kong / Urumqi
Subject: Maklumbalas ajaran sesat di web www.theallfaith.com
Assalamualaikum wrt. wbt.
Adalah saya dengan segala hormatnya di arah merujuk kepada perkara di atas dan email tuan yang diterima oleh bahagian ini pada 2 April 2009.
Bahagian Penyelidikan JAWI mengucapkan berbanyak terima kasih atas aduan yang dikemukakan oleh tuan.
Untuk makluman tuan, Unit Kajian, Bahagian Penyelidikan JAWI telahpun melihat dan membuat kajian terhadap laman web yang dinyatakan. Unit Kajian mendapati ajaran yang dikemukakan dalam web ini adalah ajaran sesat di mana didapati ciri-ciri ajaran sesat berikut jelas ada dalam web ini iaitu :
Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang menda’ayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, imam al-Mahadi al-Muntadzar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat Islam.
Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seprti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tiada pada orang lain
Mengadakan bida’ah dan pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat’i dan tidak boleh di pertikaikan
Tuan boleh mendapatkan maklumat jelas tentang ciri-ciri ajaran sesat ini dalam Buku terbitan JAKIM yang bertajuk : Penjelasan Terhadap 58 ciri Ajaran Sesat di Malaysia.
Bahagian Penyelidikan JAWI akan mengambil tindakan lanjut berhubung laman web ini. Bagaimanapun JAWI mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan atas kerjasama memantau serta menapis kes-kes ajaran sesat di web / internet. JAWI juga sangat mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan untuk dikaji/disiasat.
Sekian. Terima kasih. Wassalam.
Saya yang menurut perintah:
KhairulJannah binti Abdullah
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Penyelidikan
b/p
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Friday, April 3, 2009
Mengapa Anda Juga Wajib Berdakwah? (2)
Alasan Yang Selalu Diberi & Kekeliruan Yang Digembar-gembur
Kekeliruan 1: Urusan dakwah khusus bagi sesetengah orang islam.
Sesetengah orang dengan salah fahamnya berpendapat bahawa urusan dakwah hanya khusus bagi sesetengah orang sahaja. Mereka berdalilkan firman Allah dalam surah ali imran ayat 104 yang bermaksud:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون
“Dan hendaklah ada daripada kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Mereka mengatakan perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat adalah bermaksud sebahagian kamu.
Jawapan:
Imam ar-razi mengulas, perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat tersebut bukanlah menunjukkan sebahagian (tab’idh). Ini berdasarkan dalil berikut:
1. Allah mewajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar ke atas semua umat dalam firmanNya, surah ali imran ayat 110 yang bermaksud:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
2. Setiap mukallaf diwajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar dengan tangan, atau lidah, atau hatinya sebagaimana hadis yang bermaksud:
من رأى منكم منكرا فليغيره...
“ Sesiapa di kalangan kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya.....”
3. perkataan ‘daripada’ di dalam ayat adalah untuk menerangkan (tabyin), bukannya untuk menunjukkan sebahagian (tab’idh).
Sementara itu, ibnu kathir pula menukilkan huraian bagi ayat 104 surah ali imran tersebut iaitu: “perlu ada satu pasukan daripada umat ini yang menangani perkara ini, sekalipun perkara ini wajib ke atas setiap individu umat.”
Kekeliruan 2: kesilapan dalam memahami erti fardhu kifayah.
Ramai yang salah faham dengan tanggapan bahawa apabila dakwah dilakukan oleh sebahagian islam kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Lantas mereka memilih untuk bersama yang membisukan diri dan berpeluk tubuh sahaja. Sedangkan perkara ini bukan seperti mana yang mereka faham.
Jawapan:
Memang benar maksud suruhan berbentuk fardhu kifayah ialah apabila ia dilakukan oleh sebahagian orang islam, kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Namun, dengan syarat perkara fardhu kifayah tersebut telah tercapai dan dilaksanakan oleh sebahagian tersebut. Apabila perkara mungkar terhapus dengan kerja dakwah yang dilakukan sebahagian islam, maka barulah gugur kewajipan tersebut daripada sebahagian islam yang lain. Tetapi apabila perkara mungkar tersebut masih tidak terhapus maka kewajipan tersebut masih dipikul oleh setiap orang.
Ayat 104 surah ali imran yang telah dikupas juga membawa pengertian: “semua orang islam hendaklah menyediakan umat ini”, maksudnya kumpulan yang bertanggungjawab menangani tugas dakwah kepada Allah.
Semua orang juga mestilah membantu kumpulan tersebut dengan segala cara agar pelaksanaan tugas menegakkan agama Allah dan menyebarkan dakwahNya tercapai. Sekiranya orang islam tidak melakukan tuntutan ini maka setiap orang tidak kira yang layak berdakwah mahupun yang tidak tetap akan berdosa.
Terdapat juga yang beranggapan bahawa tugas dakwah adalah khusus untuk para ulama sahaja kerana ilmu merupakan salah satu daripada syarat-syarat yang disebut oleh ulama fiqh bagi orang yang menyuruh makruf dan mencegah munkar.
Jawapan:
Ya, memang tiada keraguan lagi bahawa disyaratkan untuk memiliki ilmu dalam melakukan dakwah; dakwah kepada kebaikan, dan yang paling tinggi dakwah kepada Allah. Tetapi ilmu bukanlah satu perkara yang tidak boleh dibahagi-bahagi, bahkan sifatnya sendiri boleh dijuzuk dan dibahagi-bahagikan.
Dengan erti kata lain, seseorang yang mengetahui tentang satu perkara dan jahil tentang satu perkara yang lain adalah orang yang alim tentang perkara yang diketahuinya dan jahil tentang perkara yang kedua. Dia memenuhi syarat wajib dakwah terhadap perkara pertama yang diketahuinya itu, tanpa melibatkan perkara kedua yang dia jahil. Tiada perselisihan ulama fiqh, seseorang yang jahil tentang sesuatu perkara atau hukumnya, dia tidak berdakwah untuk perkara itu kerana mengetahui kesahihan tentang perkara yang didakwahnya adalah syarat sah dakwah.
Oleh itu setiap orang islam wajib berdakwah mengikut kadar yang diketahuinya, samada dia orang awam, tokoh agama, tokoh akademik, pelajar, pekerja, tua muda, atau sebagainya.
Jawapan:
Kewajipan seorang islam ialah melaksanakan dakwah, tidak kira hasilnya tercapai dengan manusia menyahutnya atau tidak. Yang wajibnya ialah melaksanakan usaha dakwah tersebut, hasilnya adalah di atas urusan Allah kerana hidayah adalah milikNya.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”
Sesetengah orang memberi alasan kerja dakwah adalah susah dan memenatkan.
Jawapan:
Hakikatnya, kepenatan yang didakwa adalah sedikit sahaja dan mudah. Tidakkah kita malu melihat tokoh-tokoh agama lain yang sanggup bersusah payah menghabiskan masa bertahun-tahun tempat pedalaman di mana manusia tidak mengetahui tuhan mahupun agama? Bukankah sepatutnya kita orang islam yang menanggung tugas menyebarkan dakwah kepada Allah di kalangan penganut animisme itu?
Sepatutnya kita ingat firman Allah dalam surah an-nisa ayat 104:
إن تكون تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله ما لا يرجون
“kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita dan sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)..”
Sesungguhnya rasulullah dan para sahabatnya lebih banyak menanggung kesulitan dan kepayahan semasa penyebaran dakwah di era permulaan dan berjihad di jalanNya. Adakah kita layak untuk merungut dengan tanggungan yang memenatkan diri sedikit sahaja, sedangkan dakwah kepada Allah, menyebarkan kebaikan islam, dan mengajar manusia akhlak mulia adalah suatu yang amat besar dan mulia? Mengapa tidak memandang usaha sedikit yang dicurahkan tersebut banyak di sisi Allah? Para sahabat dahulu keluar berjihad serta merta dengan “kami dengar dan kami patuh kepada Allah dan rasulNya.”
p/s: tiada lagi kekeliruan dan alasan... wajib!
sambungan asal - http://akh-husain.blogspot.com/2009/04/mengapa-anda-juga-wajib-berdakwah-2.html
Thursday, April 2, 2009
SeLinGan Da....
p/s - diambil dari GadisAyu - Tagged
Wednesday, April 1, 2009
Pada MATA lelaki......
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit.
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit.
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Wassalam.
diambil dari Sadusik86 - cikguroxs....
Berpolitik tidak kena mengena dengan akhirat?
Fri | Mar 27, 09 | 10:23:32 am MYT
SOALAN: Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato? - MOHD MUNIR, menerusi e-mel
JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat.
Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat.
Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja-kerja manusia di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat.
Kerja politik pun demikian juga. Ada politik baik dan ada politik jahat.
Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar.
Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang dan malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik.
Dan, tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharaja lela dan tidak dibalas di akhirat.
Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat.
Jika politik yang mementingkan parti dan kroni, maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.
Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjaran di akhirat.
Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementing diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatasusila dan undang-undang kemanusiaan yang wajib dipelihara.
Meskipun sudah ada penjelasan dalam media massa tentang Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan tidak berpisah antara urusan dunia dan akhirat, tiada pemisahan itu dalam Islam, namun kekeliruan masih ketara.
Saya cadangkan bagi mereka yang meragui tentang hakikat ini, merenung kembali kepada ikrar dalam solat kita hari-hari yang dibaca dalam doa iftitah (mafhumnya): "Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah, Tuhan sekelian alam."
Setiap kali solat kita membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tidak ada yang lain hanya semata-mata kerana Allah.
Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Meskipun urusan di dunia, tetapi hendaklah kerana Allah. Berpolitik melalui jalan yang diredai Allah.
Jika anda terbabit dengan politik yang menentang hukum Allah atau politik yang hendak dicapai itu bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ianya berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan sebagai khalifah Allah.
Oleh yang demikian, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang anda lakukan.
Penderhakaan terhadap Allah adalah suatu jenayah agama yang amat besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah-Nya seperti firman-Nya (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah, maka sesungguhnya dia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)
Jika sudah sesat maka Allah menyatakan lagi (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan di akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya." (Surah al-Jin, ayat 23)
Oleh kerana itu, berpolitiklah dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut-ikut atau terpengaruh dengan pujukan ahli-ahli politik yang tidak berpendirian.
Anda ada panduan yang boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat, atau pun sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan di akhirat jika anda berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni. Wallahu a'lam. - lanh _
link web:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20034&Itemid=1
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa.. aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress..
pusingkan kepala...
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
akhir sekali
buat joget kucing...
SELAMAT MENCUBA.... =)